Rasionalisasi Subsidi Minyak & Diesel Tidak Akan Beban Golongan Miskin

Diterbitkan: Sabtu, 14 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Langkah kerajaan merasionalisasi subsidi petrol dan diesel baru-baru ini diyakini tidak akan menjejaskan golongan miskin di negara ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun berkata kerajaan sedang giat dan akan terus melaksanakan pelbagai program bagi membantu golongan itu sekali gus mengurangkan kadar kemiskinan di negara ini. "Kenaikan harga minyak ini sudah difikirkan dengan panjang, ia dilakukan untuk mengurangkan subsidi yang ditanggung kerajaan dengan mengambil kira semua perkara. Ia tidak akan menyebabkan rakyat menderita dan susah, apatah lagi menambah kadar kemiskinan di negara ini.

"Ini kerana kerajaan melaksanakan banyak program untuk memastikan kadar kemiskinan turun sebagai contohnya melalui program 1Azam untuk membantu tingkatkan pendapatan golongan sasar terutama wanita," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Fiesta Sukan dan Kesenian Jabatan Kebajikan Masyarakat 2013 di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Baharu di sini hari ini sebagai mewakili Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Rohani Abdul Karim.

Fiesta sukan julung kali diadakan itu membabitkan penyertaan 1,000 peserta daripada 15 kontinjen dari seluruh negara terdiri daripada kanak-kanak, orang kurang dan warga emas.

Ia diadakan selama lima hari bermula semalam dengan mempertandingkan gabungan sukan dan kesenian antaranya futsal, bola jaring, badminton, boling, sukan rakyat, nyanyian solo dan berduet serta pertandingan tarian. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan