Presiden AS, Obama Akan Ke Malaysia Oktober Ini

Diterbitkan: Sabtu, 14 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rumah Putih pada Sabtu mengesahkan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama akan melawat Malaysia dan beberapa ekonomi Asia Tenggara lain termasuk Indonesia, Brunei dan Filipina, mulai 6-12 Oktober sebagai sebahagian daripada komitmennya untuk mengukuhkan penglibatan politik, ekonomi dan keselamatan Amerika di rantau Asia Pasifik.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Presiden akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika lawatannya ke Kuala Lumpur bagi memaklumkan hubungan dua hala Washington yang kian meningkat dengan Malaysia.

Beliau juga akan menyampaikan ucaptama pada Persidangan Keusahawanan Global yang akan diadakan di sini pada 11-12 Oktober.

Memasuki tahun keempatnya, persidangan itu ialah inisiatif yang diumumkan oleh Presiden pada tahun 2009 untuk merancakkan pewujudan pekerjaan menerusi keusahawanan dengan menghubungkan pereka muda kepada sumber, idea dan satu sama lain.

Sebelum melawat Malaysia, beliau akan ke Indonesia untuk menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

APEC ialah forum terkemuka rantau ini untuk integrasi perdagangan dan pelaburan. Kenyataan itu berkata Obama akan menghoskan beberapa siri mesyuarat di luar acara APEC berkenaan.

Presiden juga akan menghadiri mesyuarat Pemimpin negara-negara Kerjasama Trans-Pasifik, terdiri daripada 12 ekonomi, termasuk Malaysia.

Beliau akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono bagi mengesahkan hubungan rapat dua hala AS dan meraikan tahun ketiga Kerjasama Komprehensif mereka.

Presiden, kemudiannya akan ke Brunei untuk Persidangan AS-ASEAN dan Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) dan mengadakan pertemuan dengan Sultan Brunei.

ASEAN dan EAS ialah forum penting bagi membincangkan secara meluas kerjasama AS di rantau Asia Pasifik, termasuk tenaga, keselamatan maritim, pelaburan, pembangunan dan promosi perdagangan serta topik-topik lain berkaitan serantau dan global. Selepas Brunei, presiden akan ke Filipina.

"Beliau akan mengadakan pertemuan dengan Presiden (Benigno) Aquino untuk mengesahkan, antaranya hubungan ekonomi dan keselamatan di antara kedua-dua buah negara," tambah kenyataan itu. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan