Pemilik Facebook Tanda Putera Mohon Maaf Kepada Kit Siang

Diterbitkan: Sabtu, 14 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Permohonan maaf secara terbuka yang dimuat naik di Laman Facebook Tanda Putera, Jumaat.
Permohonan maaf secara terbuka yang dimuat naik di Laman Facebook Tanda Putera, Jumaat.

PETALING JAYA: Pemilik rasmi laman Facebook Tanda Putera, Pesona Pictures Sdn Bhd, telah memohon maaf kepada Penasihat DAP Lim Kit Siang kerana mengaitkan beliau dengan adegan membuang air kecil dalam filem berkenaan.

"Kami, Pesona Pictures Sdn Bhd, secara sepenuhnya memohon maaf kepada Encik Lim Kit Siang berhubung perkara memalukan yang disebabkan oleh penerbitan yang disebut di atas, yang tidak mempunyai kebenaran," menurut kenyataan yang dikeluarkan, Jumaat.

Terdahulu, pemilik Facebook ini memberi penerangan mengenai kontroversi gambar Kit Siang di laman Facebook Tanda Putera.

Beliau menjelaskan mengenai gambar Kit Siang yang diterima daripada salah seorang pengunjung tetapi dengan keterangan gambar yang salah pada tahun lepas.

"Admin masa tu, kawan kita gak, terima link dari pengunjung yang hantar gambar Lim Kit Siang dan caption salah. Admin muda kita pun bukan sengaja, dia ingat benda tu betul, dia upload. Tapi di delete cepat bila penerbit sedar kesilapan itu.

"YB LKS ada menulis tentang kesilapan itu. Tapi semua cyber troopers marah dan serang Facebook kami. Gambar dan caption dah di turunkan, Admin masa tu pun dah minta maaf.

"Penerbit pun dah minta maaf secara bertulis atas perkara tak sengaja itu. Tapi kami diminta buat ucapan mohon maaf itu dalam facebook. Tak ada masalah, kami akan lakukan. Gambar serta caption tersebut bukan ciptaan kami tapi dihantar kepada kami," katanya yang ditulis dalam ruangan status Facebook.

Diarahkan oleh Datuk Shuhaimi Baba, filem yang menggambarkan peristiwa rusuhan 13 Mei 1969 memberi tumpuan kepada Perdana Menteri Malaysia kedua Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya Tun Dr Ismail Abdul Rahman.

Dihasilkan pada tahun 2011 oleh Persona Pictures Sdn Bhd, filem dengan kos RM4 juta ini diletakkan dibawah kategori PG13 dan sepatutnya ditayangkan dari 15 November tahun lepas.

Ia bagaimanapun ditayangkan di pawagam pada bulan lepas selepas menjadi filem kontroversi.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan