Pemerkasaan Ekonomi Bumputera Buka Lembaran Baru Perjuangan BN Bela Masyarakat Bumiputera

Diterbitkan: Sabtu, 14 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuka lembaran baharu dalam perjuangan Barisan Nasional (BN) khususnya kepada masyarakat Bumiputera.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pengumuman itu sesuatu yang dinanti-nantikan kerana ia adalah respons kepada suara yang dikemukakan banyak pimpinan Bumiputera, badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat Bumiputera secara keseluruhannya bagi membela mereka dalam pembangunan ekonomi.

"Bagi saya hari ini cukup bertuah dan memang ditunggu-tunggu, kita tidak apologetik dan tidak merasa bimbang kalau-kalau pihak lain yang bukan Bumiputera atau masyarakat antarabangsa melihat ini sebagai sesuatu yang bersifat kumpulan tertentu.

"Bagi kita yang penting ialah agenda Bumiputera, ketegasan dan keberanian perdana menteri amat kita sanjungi," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera di Dewan Agung Tuanku Canselor, Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini Sabtu.

Muhyiddin berkata lima fokus utama yang ditekankan dalam pemerkasaan itu memberikan gambaran betapa kerajaan sentiasa mengambil perhatian dan tumpuan khusus dalam tempoh tertentu terhadap agenda yang bersifat inklusif itu.

"Pembentukan beberapa badan termasuk Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) yang dipimpin perdana menteri dan saya sebagai timbalannya akan meningkatkan martabat perjuangan ekonomi Bumiputera kepada satu paras yang tinggi.

"Urusetianya akan dipimpin seorang yang berwibawa dan bertaraf menteri yang mampu untuk tentukan setiap agenda dapat dilaksanakan," katanya.

Muhyiddin berkata beliau juga yakin setiap agenda dalam pemerkasaan itu dapat dilaksanakan dan berharap agar penguasaan Bumiputera dalam semua bidang ekonomi akan meningkat dalam masa tujuh tahun menjelang 2020.

"Kita mahu masyarakat Bumiputera beri respons terhadap rancangan yang dibentangkan tadi, kita hendak melihat dalam tempoh singkat ini, peningkatan yang ketara dari segi pemilikan ekuiti, aset dan pembangunan modal insan (dapat dicapai)," katanya.

Kerajaan hari ini mengumumkan langkah dan strategi baharu bagi memperkasakan ekonomi Bumiputera, berpayungkan MEB, yang akan ditubuhkan tidak lama lagi dan dipengerusikan sendiri Najib dalam melaksanakan lima strategi utama sebagai kelangsungan implementasi agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputera.

Najib turut meminta rakyat supaya tidak salah sangka dan salah faham terhadap usaha pemerkasaan ekonomi Bumiputera yang dilaksanakan bukan dengan jalan memintas atau mengambil hak orang lain mahupun menafikan kepentingan sesiapa.

Sebaliknya, ia dilaksanakan selaras dengan hasrat kerajaan yang mahu terus mencipta serta menjana kekayaan baharu agar nikmat dan kemakmurannya dapat diraih dan dirasai oleh semua rakyat Malaysia secara adil dan saksama.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan