Lebih Ramai Melayu Daripada Orang India Ditahan Dalam Ops Cantas - KPN

Diterbitkan: Sabtu, 14 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tan Sri Khalid Abu Bakar
Tan Sri Khalid Abu Bakar

KUALA LUMPUR: Polis telah menahan lebih daripada 15,000 suspek orang Melayu berbanding 3,000 orang India di bawah Ops Cantas setakat ini, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan bahawa pasukan polis bersifat perkauman dengan hanya mensasarkan satu kaum sahaja dalam operasi mereka.

"Saya telah mendengar mengenai komen yang bersifat menghasut ini. 'Polis ialah rasis.' 'Hanya mensasarkan satu kaum'. Ini tidak benar.

"Untuk pengetahuan anda, di bawah Ops Cantas, kebanyakan mereka yang ditahan ialah orang Melayu.

"Kita telah menahan 15,000 Melayu dan hanya 3,000 orang India telah ditahan. Bagaimana ia boleh jadi rasis," kata Khalid pada Sabtu.

Mengenai kes tembakan yang menyebabkan dua orang India yang dipercayai geng kongsi gelap di Melaka pada 12 September lalu, Khalid berkata pegawai yang terlibat dalam kes berkenaan telah bertindak mengikut prosedur.

"Polis Johor telah mengeluarkan gambar kedua-dua suspek yang menyatakan mereka dicari kerana terlibat dengan keganasan dan memiliki senjata.

"Kami berjaya mengesan mereka di Melaka berdasarkan maklumat daripada orang ramai dan kita telah pergi ke sana untuk menangkap mereka, sebaliknya suspek ini melepaskan tembakan.

"Apa mereka bertindak ganas dengan melepaskan tembakan kepada kita, apa pilihan yang kita ada? Adakah orang ramai mahu kita 'berpantun' dengan mereka?," katanya.

Beliau menegaskan bangsa bukan faktor utama dalam usaha membanteras penjenayah.

"Saya tidak kira sama ada anda orang India, Cina ataupun Melayu. Jika anda buat salah dan melanggar undang-undang, anda akan didakwa," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan