Langkah Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera Bukan Jalan Pintas Nafikan Hak Kaum Lain - Najib

Diterbitkan: Sabtu, 14 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin terpesona melihat kapal korek
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin terpesona melihat kapal korek "Trailing Suction Hopper Dredger, Inai Kenanga" pada Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputra di Dewan Agung Tuanku Canselor, Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam pada Sabtu. -Foto BERNAMA

SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa rakyat berbilang kaum di negara ini tidak salah faham terhadap usaha pemerkasaan ekonomi Bumiputera yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Beliau menegaskan langkah pemerkasaan yang dilaksanakan oleh kerajaan itu bukanlah dengan jalan memintas atau hak orang lain mahupun menafikan kepentingan mana-mana kaum di negara ini.

Sebaliknya, ia dilaksanakan selaras dengan hasrat kerajaan yang mahu terus mencipta serta menjana kekayaan baharu agar nikmat dan kemakmurannya dapat diraih dan dirasai oleh semua rakyat Malaysia secara adil dan saksama.

"Yang pasti! Kami lakukan apa yang adil, kami lakukan apa yang betul, dan kami buat apa yang saksama. Maknanya, kita tidak mempunyai apa-apa 'nawaitu' atau sekelumit pun rasa prejudis terhadap bangsa lain," katanya ketika berucap pada Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM di sini, Sabtu.

Beliau berkata kerajaan ini adalah kerajaan yang berhemah lagi bertanggungjawab ke atas seluruh lapisan rakyat, tanpa mengira latar belakang, sama ada Bumiputera atau bukan Bumiputera, Islam mahu pun bukan Islam.

Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata sejarah telah membuktikan dalam pembangunan ekonomi negara, terutama sejak Dasar Ekonomi Baru dilaksanakan, bukan sahaja Bumiputera, bahkan semua rakyat Malaysia berkongsi nikmat, meraih manfaat bersama, hasil daripada pembangunan ekonomi negara.

"Jelasnya, ini telah kita lakukan bukanlah dengan mengambil, atau menidakkan hak sesiapa, tetapi sebenarnya melalui penciptaan kekayaan baharu dan penjanaan pertumbuhan ekonomi yang mampan," katanya.

Perdana Menteri berkata sejak Merdeka, semua perancangan serta dasar ekonomi Bumiputera telah digubal berasaskan perhitungan komposisi masyarakat majmuk tersebut.

Maka, Bumiputera sebagai teras kepada agenda nasional, tidak boleh dinafikan oleh sesiapa dan sebarang prakarsa bersifat nasional yang tidak mengambil kira atau mengabaikan agenda Bumiputera, adalah tidak adil dan saksama, kata Perdana Menteri.

Beliau berkata perkara ini sangat mustahak untuk difahami dengan sebaik-baiknya oleh semua pihak iaitu kerajaan sentiasa menginsafi dan beringat-ingat tentang agenda Bumiputera sebagai agenda nasional.

"Ini kerana, jika sekiranya kaum majoriti Bumiputera tidak terbela dan berasa diri mereka terancam atau dipinggirkan, negara tidak akan mengecapi keamanan, kestabilan, dan kita tidak mungkin mencapai impian menjadi negara maju yang sejahtera dan sentosa seperti yang didambakan pada tahun 2020," kata Najib.

Najib turut menyelar sesetengah pelaku politik yang tidak sudah-sudah menyalakan api perkauman sehingga menggerunkan dan memesongkan pemikiran rakyat.

"Suka tidak suka, seandainya tidak berhati-hati dan terpengaruh dengan sentimen pihak luar, melalui dalang dan petualang dalaman ini, maka, tempiasnya akan terpercik kepada kita. Sekiranya dibiarkan dan tidak dibendung, Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang berdaulat lagi Merdeka pada akhirnya akan musnah dan membungkam," kata Najib.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan