Kerajaan Tiada Hasrat Laksana TPPA Dalam Masa Terdekat - Richard Riot

Diterbitkan: Sabtu, 14 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Kerajaan tidak akan menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang menjadi kontroversi 'dalam masa terdekat', kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Richard Riot.

"Ia telah dibincangkan dalam Kabinet tidak kurang dari lima kali. Pada mesyuarat terakhir pada Rabu, kerajaan telah bersetuju tidak akan tergesa-gesa melaksanakan TPPA," kata Riot kepada pemberita di sini.

"Tiada Apa yang ditakutkan. Kita perlu sensitif terhadap apa yang kita tandatangani. Kini, khususnya TPPA, kerajaan akan perlahan-lahan (proses membuat keputusan) dan akan mengambil kira lebih banyak pandangan, bukan sahaja daripada agensi kerajaan, tetapi juga daripada sektor swasta."

Riot berkata demikian pada sidang akhbar selepas menutup seminar latihan kesatuan sekerja mengenai kepimpinan di sini.

Beliau ditanya mengenai rayuan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) baru-baru ini supaya kerajaan tidak menandatangani TPPA.

"Tetapi pandangan MTUC bukanlah satu-satunya segmen yang dipertimbangkan. Kementerian Sumber Manusia, apabila ada apa-apa kaitan dengan buruh, sering diminta untuk memberikan pendapatnya.

"Kementerian telah memberikan input. Kita tidak akan menandatangani dan mengesahkannya dalam masa terdekat," katanya.

MTUC berkata TPPA akan memudaratkan kesejahteraan 12.5 juta pekerja di Malaysia.

Presidennya, Khalid Atan, berkata maklum balas yang diterima daripada organisasi buruh di negara-negara lain, termasuk Amerika Syarikat, menunjukkan pekerja akan berada di dalam kerugian.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan