ATM Tambah Kekuatan Anggota di Sabah Bagi Hadapi Sebarang Kemungkinan

Diterbitkan: Sabtu, 14 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM)mempertingkat kekuatan anggotanya bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal tercetus ekoran pergolakan di Selatan Filipina, baru-baru ini.

Panglima ATM Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata ATM telah menggerakkan kekuatan anggota tentera dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan bagi membantu serta memperkasa kawalan sempadan di perairan Sabah daripada dicerobohi.

Beliau berkata anggota tentera yang ditambah pada kali ini akan diletakkan di bawah pusat kawalan operasi Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (ESSCOM) untuk melakukan tugas-tugas pemantauan dan rondaan di kawasan sempadan.

"Saya telah mengarahkan panglima tentera darat, laut dan udara untuk melipat gandakan kawalan keselamatan disebabkan ketegangan yang berlaku di Filipina, kita akan lebih berwaspada bagi mengelakkan ada yang cuba melarikan diri untuk bersembunyi di negara kita," katanya.

Beliau berkata demikian dalam wawacara khas dengan pemberita di Kementerian Pertahanan sempena Hari Ulang tahun ATM ke-80 yang disambut pada 16 September.

Pada Ahad lalu, pertempuran antara pengikut Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) dan tentera Filipina di Zamboanga City telah tercetus disebabkan MNLF merancang memasuki bandar raya itu untuk mengisytiharkan kemerdekaan.

Ekoran kejadian itu ESSCOM menempatkan aset dan anggota keselamatan dalam keadaan berjaga-jaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang mungkin timbul disebabkan pertempuran berkenaan.

Dalam pada itu, Zulkifeli berkata pihaknya bekerjasama dengan Angkatan Tentera Filipina bagi mendapatkan maklumat terkini berhubung status pertempuran berkenaan. "ATM turut mengatur gerak pasukan-pasukan Ops Pasir di kawasan pulau di Sabah yang juga diletakkan di bawah ESSCOM untuk memantau keadaan ini," katanya.

Ditanya tindakan yang akan diambil ATM sekiranya berdepan dengan mereka yang lari dari Selatan Filipina, Zulkifeli berkata pihaknya akan menahan bot dan kapal berkenaan daripada memasuki perairan negara. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan