17 Ambil Borang Calon Ahli MT Umno Menjelang Tengah Hari

Diterbitkan: Sabtu, 14 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sejumlah 17 orang mengambil dan mengisi borang pendaftaran calon anggota Majlis Tertinggi Umno sehingga tengah hari apabila kaunter borang di ibu pejabat Umno di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, dibuka mulai Sabtu.

Sebanyak 27 orang lagi mengisi borang pencalonan bagi pemilihan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri.

Setiausaha Kerja Umno, Datuk Abd Rauf Yusoh berkata pihaknya mengedarkan lebih 4,000 borang pencalonan untuk pemilihan peringkat pusat dan 100,000 borang pencalonan untuk 191 bahagian Umno di seluruh negara.

"Saya ingatkan sekali lagi, borang pencalonan adalah percuma dan tidak dikenakan sebarang bayaran.

"Borang-borang ini boleh didapati hari ini di kaunter yang dibuka di Aras 4 Menara Dato' Onn, PWTC atau pejabat bahagian masing-masing sehingga 20 September ini, sebelum tarikh untuk menyerahkan borang pendaftaran calon pada Sabtu depan (21 September)," katanya pada sidang media di hadapan kaunter pendaftaran pencalonan di sini, Sabtu.

Abd Rauf berkata sistem pemilihan baharu Umno yang pertama kali dilaksanakan tahun ini membuka peluang luas kepada mana-mana anggota Umno untuk bertanding asalkan mempunyai kelayakan minimum iaitu sekurang-kurangnya menjadi anggota parti selama sepenggal atau tiga tahun, untuk layak bertanding di peringkat bahagian.

"Semua calon yang telah lengkap mengisi borang bersama jawatan yang mahu ditandingi perlu menghantar pada tarikh yang telah ditetapkan dengan menghantar sendiri atau melalui wakil yang mempunyai surat kuasa," katanya.

Sementara itu, Exco Pergerakan Wanita Umno Datuk Hasnah Salam antara yang paling awal tiba di kaunter pendaftaran dan diikuti Datuk Dr Aziz Jamaludin Mohd Tahir dari Biro Penerangan Umno Malaysia serta Ketua Puteri Umno Bahagian Johor Baharu Datin Azura Mohd Afandy.

Hasnah yang berhasrat untuk bertanding jawatan Ketua Wanita Umno mahu membawa transformasi ke dalam sayap utama Umno untuk menampakkan kelainan ke arah pembaharuan.

Exco Pemuda Umno Datuk Sohaimi Shahadan, yang ingin bertanding jawatan anggota Majlis Tertinggi, yakin pencalonan beliau mendapat sokongan daripada golongan muda.

"Saya mahu membawa suara orang muda ke dalam Majlis Tertinggi," katanya.

Lebih banyak bakal calon atau wakil mereka dijangka datang untuk mengambil borang selepas tengah hari kerana sebahagian besar dipercayai hadir pada perasmian Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Shah Alam, Selangor pagi ini. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Kolumnis

iklan

Iklan