Walk 4 Malaysia Bukti Semangat Juang Rakyat Promosi Keamanan - PM

Diterbitkan: Jumaat, 13 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan program Walk 4 Malaysia iaitu cabaran berjalan kaki sejauh 600 kilometer dari Kuala Besut, Terengganu ke Putrajaya, sebagai cerminan semangat juang rakyat negara ini dalam mempromosi keamanan dan kedamaian.

Perdana Menteri juga melahirkan rasa kagum terhadap peserta, Mohd Noor Mat, yang mahu membuktikan kepada semua bahawa tiada cabaran yang dapat menghalangnya merealisasikan impian itu.

"Kita berasa kagum dengan hasrat dan dedikasi yang ditunjukkan beliau yang mahu membuktikan kepada semua bahawa tiada halangan mahupun cabaran, namun yang wujud hanyalah peluang," katanya ketika melancarkan Walk 4 Malaysia, di sini Jumaat.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Hadir sama Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

Najib juga berharap program itu dapat memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat Malaysia.

"Aktiviti berjalan kaki ini seharusnya dijadikan rutin harian kita kerana ia dapat meningkatkan tahap kecergasan individu dan produktiviti di tempat kerja," katanya.

Najib juga meluahkan penghargaan kepada kerajaan negeri Terengganu yang menganjurkan program itu serta agensi lain termasuk syarikat korporat yang menaja.

Jiwa kental dan hati waja yang mahu diterjemahkan Mohd Noor dalam Walk 4 Malaysia ini tidak mungkin tercapai tanpa sokongan jitu pihak berkenaan, katanya.

Walk 4 Malaysia merupakan cetusan idea Mohd Noor, 47, yang mahu menunaikan nazarnya susulan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut pada 24 Julai lepas.

Selain beliau, program 13 hari yang bermula 22 September ini di Dataran Kuala Besut akan disertai 40 yang lain dari Majlis Sukan Negeri Terengganu. Sepanjang perjalanan mereka akan singgah di 13 destinasi sebelum tiba di Putrajaya.

Pada majlis itu, Khairy menyerahkan Jalur Gemilang kepada Mohd Noor, bagi pihak Perdana Menteri.

Dalam sidang media kemudian, Khairy berkata generasi muda perlu mengambil iktibar dan inspirasi daripada kesungguhan bekas tentera itu yang sanggup mengharung cabaran untuk membuktikan rasa cinta kepada negara.

Sementara itu, Mohd Noor berkata beliau akan berusaha bersungguh-sungguh untuk merealisasikan cabaran berkenaan.

"Saya bagi pihak orang kampung, wakil kepada rakyat Malaysia, saya berjanji bukan kepada Perdana Menteri, bukan kepada Menteri Besar Terengganu, saya berjanji dengan Allah S.W.T bahawa saya akan berjalan kaki dengan tabah dan ikhlas.

"Ini kerana negara ini amat memerlukan rakyat sendiri yang bangkit pada hari ini. Jatuhnya BN, hancurnya Malaysia," katanya dengan nada sebak.

Sebelum ini, Mohd Noor yang bertugas sebagai pembantu am rendah di Yayasan Islam Terengganu pernah berjalan kaki sejauh lebih 200 km dari Kuala Besut ke Kemaman.

Bapa kepada tujuh anak itu sering melakukan aktiviti berjalan kaki sebagai latihan kecergasan. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan