Tiada Lelaki Bertopeng Perhatikan Sanjeevan - Ayah

Diterbitkan: Jumaat, 13 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ayah kepada Pengerusi MyWatch, R. Sri Sanjeevan berkata insiden lelaki bertopeng hanyalah satu isu lama dan tidak relevan lagi pada masa sekarang.

Ramakrishnan berkata insiden berkenaan berlaku tidak lama dahulu ketika keluarga mereka menetap di Seremban.

"Kami tidak pernah membuat laporan polis. Saya tidak fikir perlu untuk mendedahkan lebih lanjut mengenai insiden berkenaan," katanya kepada The Star Online.

Terdahulu, Sanjeevan, yang baru sedar daripada koma dilaporkan mendakwa ada lelaki bertopeng telah memerhati rumahnya tetapi polis enggan mengambil apa-apa tindakan.

Dalam 'tweet'nya Sanjeevan telah menarik perhatian pihak polis dan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, mendakwa bahawa pengalaman itu sebagai menakutkan.

Beliau menulis di Twitter: "@PDRMsia enggan memberi perlindungan kepada rumah saya walaupun ada orang memakai topeng datang ke rumah saya dan ia benar-benar menakutkan. @anwaribrahim ".

Beliau juga menulis: "@anwaribrahim Apa yang saya perlukan ialah perlindungan polis kerana kereta/motosikal yang tidak dikenali telah datang dan mememrhatikan rumah saya."

Sanjeevan telah ditembak oleh seseorang yang menaiki motosikal di Bahau, Negeri Sembilan, pada 27 Julai.

Doktor berjaya mengeluarkan peluru selepas 18 hari dan beliau dalam keadaan koma sehingga baru-baru ini.

Beliau mula ber'tweet' lagi pada 10 September.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan