Siapa Pun Boleh Bertanding Jawatan Ketua Wanita - Shahrizat

Diterbitkan: Jumaat, 13 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata beliau tidak mempunyai halangan bagi sesiapapun yang ingin mencabarnya pada pemilihan Umno bulan depan.

Beliau berkata menerusi perlembagaan parti yang sudah dipinda, pemilihan terbuka kepada mana-mana anggota Umno yang ingin bertanding.

"Terpulanglah sesiapapun hendak bertanding. Mengikut perlembagaan kita tidak ada halangan siapapun nak bertanding," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada perasmian bangunan baharu Ibu Pejabat Utusan Melayu (Malaysia) Berhad di sini, Jumaat.

Majlis itu disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Shahrizat mengulas keputusan anggota Jawatankuasa Umno Kulim Bandar Baru, Raihan Suleiman Palestin yang ingin mencabar beliau pada pemilihan parti nanti.

Dalam laman Facebooknya, Raihan, 47, berkata niatnya ialah untuk menjadikan pergerakan Wanita Umno mantap seiring dengan agenda parti serta memperkasakan sayap paling kuat dalam parti itu.

Sebelum ini, bekas Ketua Puteri Umno Datuk Seri Azalina Othman Said menyatakan akan bertanding jawatan Ketua Wanita namun menarik diri dan hanya akan bertanding jawatan anggota Majlis Tertinggi Umno. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan