PM Gesa Agensi Kerajaan, GLC Dan Syarikat Bumiputera Mengiklan Dalam Utusan

Diterbitkan: Jumaat, 13 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan ibu pejabat baru Utusan Melayu (Malaysia) Berhad di Kuala Lumpur, Jumaat. Turut kelihatan, Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor (tiga,kanan) dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan Melayu (Malaysia), Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin (kiri). -fotoBERNAMA
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan ibu pejabat baru Utusan Melayu (Malaysia) Berhad di Kuala Lumpur, Jumaat. Turut kelihatan, Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor (tiga,kanan) dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan Melayu (Malaysia), Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin (kiri). -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa agensi-agensi kerajaan, syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat-syarikat milik bumiputera memberi lebih banyak peluang iklan di dalam akhbar harian berbahasa Melayu, Utusan Malaysia.

Beliau berkata, Utusan tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada pengedaran.

"Saya melihat hanya ini boleh mengekalkan Utusan di landasannya," katanya ketika merasmikan ibu pejabat baharu Utusan Melayu (Malaysia) Bhd yang menawarkan tiga blok bangunan tujuh tingkat di Jalan Enam di sini.

Najib berkata pembukaan itu amat bermakna bukan sahaja kepada kumpulan akhbar bahasa Melayu tetapi kepada masyarakat Melayu secara keseluruhannya.

"Saya telah lama mahu Utusan Melayu bukan hanya mempunyai ibu pejabat, tetapi sebuah bangunan yang boleh dianggap sebagai simbol kejayaan orang Melayu dan negara ini," katanya kepada orang ramai di sini.

Sambil memuji Utusan, beliau berkata akhbar itu telah mengasah dan mencabar pembacanya ketika mempertahankan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi di negara ini.

Terdahulu, pengerusi eksekutif Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makarudin berkata jumlah iklan yang dibelanjakan oleh GLC untuk akhbar-akhbar Melayu adalah kecil berbanding dengan akhbar bukan Melayu dan menyifatkannya sebagai "tidak adil".

Beliau berkata, Utusan berada di bawah serangan oleh pihak-pihak tertentu, termasuk sekumpulan kecil orang Melayu yang tidak menghargai perjuangan akhbar berkenaan.

Mohamed Hashim berkata bangunan baru itu akan menjadikan kawasan sinonim dengan Utusan Melayu, dan mencadangkan kepada Perdana Menteri untuk menamakan semula Jalan Enam sebagai Jalan Utusan.

Untuk cadangan ini, Najib membalas sorakan kuat daripada orang ramai; "Cadangan untuk menukar nama Jalan Enam ini... maka saya bersetuju untuk menukar nama kepada Jalan Utusan".

Utusan berusia 75 tahun pada 18 Jun tahun ini. Ia dibuka pada tahun 1938 di Queen Street di Singapura dengan akhbar pertama dijual pada harga 10 sen senaskhah.

Ia berpindah ke Cecil Street di Singapura pada tahun 1945 sebelum berpindah di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur pada tahun 1958.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan