Perangi Jenayah Agenda Utama Ketua Polis Selangor Baharu

Diterbitkan: Jumaat, 13 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Memerangi jenayah dengan meningkatkan penglibatan dan kerjasama masyarakat awam, menjadi agenda utama Ketua Polis Selangor yang baharu, Datuk Mohd Shukri Dahlan.

Mohd Shukri, 59, sebelum ini berkhidmat sebagai Ketua Polis Perak berkata usaha berterusan juga akan dilakukan untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap kredibiliti polis menjaga keselamatan awam di Selangor, yang merupakan antara negeri tertinggi mencatat peningkatan kadar jenayah dan masalah sosial.

"Isu keselamatan dan jenayah menjadi topik perbualan masyarakat setempat dan menjadi agenda pertama saya untuk menanganinya," katanya dalam sidang media selepas menerima tugas daripada Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk A. Thaiveegan yang memangku tugas Ketua Polis Selangor, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini Jumaat.

Majlis serah terima tugas itu disaksikan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan turut dihadiri semua ketua polis daerah di Selangor.

Mohd Shukri, 59, berkata Selangor bukanlah asing baginya memandangkan beliau sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Ketua Cawangan Khas Selangor serta menjawat jawatan Ketua Polis Daerah Sepang dan Shah Alam.

Sementara itu, Thaiveegan yang akan mengambil alih tugas sebagai timbalan ketua polis Pulau Pinang berkata ketua jabatan dan ketua polis daerah di Selangor banyak membantunya menangani isu jenayah sepanjang empat tahun berkhidmat di IPK Selangor.

Statistik menunjukkan seramai 100,831 penjenayah ditangkap dalam tempoh Januari 2011 sehingga bulan lepas manakala 146,462 orang telah didakwa dalam tempoh sama, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan