Ismail Omar Dinamakan Duta Besar Malaysia Ke Perancis Baru

Diterbitkan: Jumaat, 13 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dinamakan sebagai Duta Besar Malaysia ke Perancis yang baru.

Ismail merupakan antara enam Ketua Perwakilan Malaysia baru yang akan menerima Watikah Tauliah Pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara pada Jumaat.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan di sini Khamis berkata, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia Datuk Salman Ahmad dinamakan sebagai bakal Duta Besar Malaysia ke Jerman yang baru.

Datuk Rohana Ramli pula dinamakan sebagai bakal Duta Besar Malaysia ke Republik Korea, Datuk Awang Sahak Awang Salleh (bakal Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei), Raszlan Abdul Rashid (bakal Duta Besar Malaysia ke Kemboja) dan Jilid Kuminding@Zainuddin (bakal Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Papua New Guinea).

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa, Ismail mula menyertai Polis Diraja Malaysia pada tahun 1971 dan dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada September 2010 sehingga persaraan beliau pada 17 Mei lepas.

Salman merupakan pegawai kanan Kementerian Luar yang berkhidmat sejak tahun 1979 dan pernah menyandang beberapa jawatan penting antaranya Konsul Jeneral Malaysia ke Davao City, Filipina dari 1995 hingga 1998; Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei (2001-2003) dan Duta Besar Malaysia ke Republik Czech (2005-2009).

Beliau juga pernah berkhidmat di beberapa Perwakilan Malaysia di luar negara termasuk di India, Jepun dan Thailand.

Rohana pula merupakan Timbalan Ketua Setiausaha Khidmat Pengurusan di Kementerian Luar dan berkhidmat dengan kerajaan sejak tahun 1984.

Beliau pernah menyandang beberapa jawatan penting antaranya Duta Besar Malaysia ke Argentina (2005-2008) dan berkhidmat di beberapa Perwakilan Malaysia di luar negara termasuk Perutusan Tetap Malaysia di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva dan Kanada.

Awang Sahak berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Luar Bandar) dari Wageningen University, Netherlands merupakan bekas Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Naib Presiden Persatuan Masyarakat Brunei Sabah dan Ahli Lembaga Pengarah DESA Cattle Sdn Bhd itu pernah berkhidmat sebagai Pengarah Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak Negeri Sabah dari 2003 hingga 2010.

Raszlan yang menyandang jawatan sebagai Timbalan Pesuruhjaya Tinggi di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di India pula telah berkhidmat dengan Kementerian Luar sejak tahun 1987.

Beliau pernah menyandang beberapa jawatan penting antaranya Ketua Pegawai Perhubungan di Pejabat Perhubungan Malaysia di Pristina, Kosovo dari 2002 hingga 2005 dan Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Thailand (2005-2008).

Beliau juga pernah berkhidmat di beberapa Perwakilan Malaysia di luar negara termasuk di Indonesia dan Venezuela.

Konsul Jeneral Malaysia di Hong Kong, Jilid, berkhidmat dengan Kementerian Luar sejak tahun 1989 dan menyandang beberapa jawatan penting antaranya Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada masa itu, Datuk Maximus Ongkili dari 2004 hingga 2008, Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri Luar pada masa itu Datuk Abdul Rahim Bakri (2008-2010) dan Setiausaha Bahagian Afrika dan Sub Sahara.

Beliau juga pernah berkhidmat di beberapa Perwakilan Malaysia di luar negeri termasuk di Sweden dan Namibia. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan