Wanita Harap Insentif Untuk Usahawan Wanita Bumiputera - Shahrizat

Diterbitkan: Khamis, 12 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pergerakan Wanita Umno berharap insentif untuk usahawan wanita Bumiputera diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di bawah Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera.

Ketuanya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata usahawan Bumiputera khususnya wanita turut memainkan peranan dalam pembangunan ekonomi negara.

"Jadi saya percaya dan berharap Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan insentif dan inisiatif untuk usahawan wanita Bumiputera melalui Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

Sabtu ini, Najib dijadual menghadiri Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera dan akan mengumumkan beberapa insentif bagi meningkatkan ekonomi usahawan di bawah Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera.

Shahrizat berkata insentif itu dapat membantu usahawan wanita Bumiputera terutama yang berpendapatan rendah.

"Kini ramai wanita yang menjadi ketua isi rumah, jika mereka diberi peluang dalam inisiatif dan insentif baharu, saya yakin mereka akan dapat membantu ahli keluarga dalam saraan hidup dan menentukan pendidikan anak-anak terjamin," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan