Terma Rundingan Industri Air Selangor Diketahui Umum Selepas Pertemuan Dengan Menteri

Diterbitkan: Khamis, 12 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Terma-terma rundingan mengenai penyusunan semula industri air di Selangor akan diketahui umum selepas perjumpaan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dengan pemilik-pemilik syarikat konsesi air minggu depan.

Menyatakan demikian, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata: "Pihak pusat dan negeri telah meminta perkara-perkara ini tidak dihebahkan kepada umum sehingga Menteri (Ongkili) berjumpa dengan pemegang-pemegang konsesi".

Ini dilihat penting memandangkan pemilik-pemilik saham syarikat konsesi ini merupakan syarikat-syarikat yang tersenarai di dalam Bursa Malaysia.

Ongkili akan memberi taklimat tentang proses dan tatacara penyusunan semula industri air.

Khalid ditanya mengenai perkara itu dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri di sini, Rabu.

Di antara isu-isu sensitif tetapi penting dalam rundingan itu ialah berhubung soal penilaian (aset syarikat-syarikat konsesi).

Kedua-dua pihak mempunyai perspektif yang berbeza tetapi tidaklah sehingga menggugat rundingan dan pengambilalihan aset dan syarikat konsesi oleh syarikat kerajaan negeri, katanya.

Terdapat empat syarikat konsesi air di Selangor - Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) yang merupakan anak syarikat Kumpulan Gamuda, dua anak syarikat Puncak Niaga Holdings Bhd, iaitu Puncak Niaga (M) Sdn Bhd dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) dan Korsortium Abass Sdn Bhd.

Mengenai projek rawatan air Langat 2 dalam rundingan antara kedua pihak, Khalid berkata rundingan penyusunan semula itu dijangka selesai menjelang 31 Disember depan.

Mengenai isu flat Taman Permata di Dengkil yang didapati tidak selamat untuk didiami, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri telah mengarahkan Permodalan Negeri Selangor Bhd untuk mengeluarkan tender bagi membaiki flat berkenaan minggu hadapan sementara menanti pembinaan flat baru oleh Kerajaan Pusat.

Beliau berkata, kerajaan negeri telah menyediakan tapak untuk pembinaan flat baru itu, seluas lebih 12 hektar, kira-kira lima kilometer dari flat sekarang. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan