Sesi Baharu Pelajar Malaysia Di Mesir Bermula 19 Oktober Ini - Idris Jusoh

Diterbitkan: Khamis, 12 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Sesi pengajian baharu bagi pelajar Malaysia di semua universiti di Mesir akan bermula 19 Oktober ini manakala peperiksaan pula bermula 21 Sept, kata Menteri Pendidikan Tinggi Kedua Datuk Seri Idris Jusoh.

Bagaimanapun katanya tarikh itu tertakluk kepada keadaan di Mesir.

Tarikh-tarikh ini ditetapkan dalam perbincangan antara wakil kementerian dan Kementerian Pengajian Tinggi Mesir baru-baru ini, katanya kepada pemberita, di sini, Khamis.

Beliau berkata bagi yang ingin kembali, mereka dinasihat agar sentiasa berhubung dengan Kedutaan Malaysia dan Education Malaysia Egypt bagi mendapat maklumat terkini.

"Kementerian tidak menggalakkan pelajar pulang ke Mesir atas beberapa sebab, antaranya perintah berkurung masih dikuat kuasa dan kerajaan baharu Mesir belum ditubuhkan," katanya.

Menurut Idris, setakat 30 Ogos lepas, sebanyak 2,791 pelajar Malaysia dibawa pulang dari Mesir.

Beliau juga berkata kerajaan Malaysia telah memutuskan untuk tidak menghantar pelajar baharu bidang perubatan, pergigian, farmasi dan pengajian Islam ke Mesir bagi sesi akademik 2013/2014.

Penangguhan ini sehingga Majlis Keselamatan Negara dan Wisma Putra memberi kebenaran kepada rakyat Malaysia melakukan perjalanan ke Mesir, katanya.

Menurut Idris kementeriannya sedang melihat semula polisi penghantaran pelajar Malaysia ke Mesir dan akan meneliti peluang pengajian dalam bidang terbabit di universiti lain, baik tempatan mahupun luar negara.

Idris juga memberi jaminan pembiayaan pengajian oleh Majlis Amanah Rakyat dan Jabatan Perkhidmatan Awam bagi pelajar Malaysia di Mesir akan diteruskan.

"Bagi mereka yang menanggung kos pengajian secara sendiri, kementerian akan berusaha untuk meringankan beban yang ditanggung mereka," katanya.

Mengenai pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di dalam tandas di sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur, Idris berkata kementeriannya telah mengarahkan pihak sekolah itu mengeluarkan serta-merta CCTV tersebut.

Media baru-baru ini melaporkan pemasangan CCTV itu mencetuskan kemarahan ibu bapa pelajar di sekolah berkenaan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan