Ranking Universiti Sentiasa Diberi Perhatian - Muhyiddin

Diterbitkan: Khamis, 12 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua kiri) memperkatakan sesuatu kepada Pengetua Kolej Westminster Kingsway Candy Wilson (dua kanan) semasa melakukan lawatan ke kolej itu di Kings Cross Centre, London, Rabu, sempena hari keempat lawatan kerjanya ke United Kingdom. Turut hadir Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom, Datuk Seri Zakaria Sulong (kiri). -fotoBERNAMA
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua kiri) memperkatakan sesuatu kepada Pengetua Kolej Westminster Kingsway Candy Wilson (dua kanan) semasa melakukan lawatan ke kolej itu di Kings Cross Centre, London, Rabu, sempena hari keempat lawatan kerjanya ke United Kingdom. Turut hadir Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom, Datuk Seri Zakaria Sulong (kiri). -fotoBERNAMA

LONDON: Kementerian Pendidikan sentiasa memberi perhatian kepada soal ranking universiti dalam negara, bagi melihat sekiranya ia dapat dibantu bagi memperbaiki kedudukannya dalam senarai ranking universiti terbaik dunia.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata bagaimanapun kedudukan naik turun dalam senarai ranking itu adalah perkara biasa, dan kedudukan sesebuah universiti tidak seharusnya dilihat dalam satu-satu masa tertentu sahaja, sebaliknya perlu dilihat dalam satu tempoh jangka masa sederhana dan panjang.

Beliau berkata pihak universiti pula perlu membuat analisis sendiri untuk melihat apakah faktor yang menyumbang ke arah penurunan ranking sekiranya ia berlaku, dan jika faktornya telah dikenal pasti, kerajaan mungkin boleh campur tangan untuk mempembaiki kedudukan rankingnya.

"Ini bukan baru, dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang dilancarkan baru-baru ini, antaranya (sasarannya) kita nak lihat ada peningkatan dari segi kedudukan universiti dalam negara," katanya kepada kumpulan wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan kerja beliau ke United Kingdom di sini, Rabu.

Beliau berkata demikian semasa mengulas ranking universiti dunia yang dikeluarkan QS World University Ranking baru-baru ini yang menunjukkan bahawa rata-rata kedudukan universiti awam Malaysia terus merosot dalam senarai, dengan hanya Universiti Malaya (UM) masih berada dalam kelompok 200 universiti terbaik dunia tahun ini.

Hanya tujuh universiti Malaysia berada dalam kelompok 800, dan hanya Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menunjukkan sedikit peningkatan iaitu daripada kedudukan 358 pada tahun 2012, kepada 355 tahun ini.

Muhyiddin berkata negara-negara lain juga pada masa yang sama tidak berhenti dalam usaha meningkatkan prestasi universiti masing-masing, dan sesetengah mereka mempunyai sumber yang lebih besar, dan ada antara universiti itu sudah beroperasi sejak beratus tahun lamanya.

"Walaupun ranking penting untuk melihat tanda aras di mana kita berada, saya juga tidak mahu melihat pengurusan universiti terlalu leka dengan ranking, kalau tidak, nanti ada kesan sampingan. Sebagai contoh, nanti hanya pelajar yang paling baik sahaja akan diterima universiti, manakala yang kurang cemerlang mungkin langsung tidak diberikan perhatian kerana dikhuatiri akan menjejaskan ranking universiti," katanya.

Beliau berkata keadaan di Malaysia agak berbeza sedikit berbanding negara-negara lain apabila ia turut mengambil kira soal keadilan sosial, dan juga matlamat lain, semasa turut memperakui kepentingan di sudut aspek ranking.

Katanya Malaysia perlu mengambil kira soal objektif sosioekonomi, dengan membantu menyediakan peluang dan ruang buat pelajar yang agak kurang cemerlang memasuki universiti, sekiranya kemasukan ke pusat pengajian tinggi itu boleh meningkatkan pencapaian mereka.

Muhyiddin juga berkata dalam pertemuan dengan Naib Canselor universiti-universiti dalam negara baru-baru ini, beliau mencadangkan supaya mereka menyediakan satu pelan khusus bagi mengemukakan usul bagaimana mereka boleh mempunyai kuasa autonomi dalam aspek kewangan dan lain-lain selain dapat menggunakan sumber yang diperoleh mereka untuk menaikkan prestasi universiti dalam jangka masa panjang.

"Ini sedang saya kumpulkan, lepas itu kita akan duduk dengan setiap universiti dan bincang bagaimana pelan itu boleh dilaksanakan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan