PDRM Pertimbang Beli Peralatan Terkini Untuk Bantu Siasatan Jenayah

Diterbitkan: Khamis, 12 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mempertimbang untuk memperoleh peralatan dan aset terkini bagi membantu tugas menangani jenayah, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

"Ada dua, tiga perkara yang menarik perhatian kami, contohnya sistem kamera pemantauan, sistem tekan 'panic button' automatik yang dihubungkan ke bilik gerakan (polis) dan peralatan sistem pembesar suara yang diletakkan di tempat-tempat awam," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Persidangan Teknologi Keselamatan Antarabangsa 2013, di sini Khamis.

Mengulas isu pertubuhan berdaftar yang disyaki terbabit kegiatan kongsi gelap, beliau menegaskan banyak lagi pertubuhan seumpama itu yang kini menjadi perhatian polis.

"Jika perlu, kita akan umumkan nama-nama kumpulan berkenaan dalam masa terdekat," katanya.

Dalam pada itu, Khalid berkata beliau telah menerima permohonan maaf Radio Televisyen Malaysia (RTM) berhubung insiden penyiaran kesilapan logo PDRM pada Selasa lepas.

"Saya berharap selepas ini, RTM lebih berhati-hati supaya perkara sebegini tidak berulang lagi," tegasnya.

Dalam kenyataan pada Rabu, Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Norhyati Ismail berkata RTM telah menggantung dan menamatkan perkhidmatan individu yang terlibat dalam insiden itu.

Sambil berkata RTM memandang serius kejadian itu, Norhyati berkata laporan polis untuk memulihkan imej Jabatan Penyiaran telah dibuat.

Persidangan teknologi keselamatan selama dua hari berakhir esok itu merupakan sebahagian daripada penganjuran Pameran dan Persidangan Kebakaran dan Keselamatan Antarabangsa Asia Tenggara 2013. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan