Ops Cantas Besar-Besaran di Sabah Dalam Masa Terdekat - KPN

Diterbitkan: Khamis, 12 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis akan mengadakan Ops Cantas Khas secara besar-besaran di Sabah dalam waktu terdekat.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata ia antara lain bertujuan membanteras kongsi gelap dan individu yang terbabit dengan jenayah berat.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas mengenai tarikh dan lokasi operasi berkenaan. "Kita tidak mahu membocorkan maklumat yang boleh menjejaskan operasi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Persidangan Teknologi Keselamatan Antarabangsa 2013 di sini, Khamis.

Ops Cantas Khas yang bermula 17 Ogos lalu telah menahan 4,806 orang daripada 122,255 orang yang diperiksa sehingga 6 September lalu.

Persidangan teknologi keselamatan selama dua hari berakhir esok itu merupakan sebahagian daripada penganjuran Pameran dan Persidangan dan Pameran Kebakaran dan Keselamatan Antarabangsa Asia Tenggara 2013 (IFSEC). -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan