Kerajaan Teliti Undang-Undang Lindungi Wanita & Kanak-Kanak - Berita Semasa | mStar

Kerajaan Teliti Undang-Undang Lindungi Wanita & Kanak-Kanak

Diterbitkan: Khamis, 12 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kerajaan sedang memperhalusi beberapa undang-undang yang berkaitan dengan wanita dan kanak-kanak yang perlu dipinda bagi melindungi golongan itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri. Beliau berkata antara undang-undang yang sedang diteliti termasuk Perkara 14 (1) (b) dan Perkara 15 dalam Perlembagaan Persekutuan, Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2006, Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976. "Jabatan Peguam Negara (AGC) sedang memperhalusi pindaan Seksyen 13 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 untuk menangani isu Anak Tak Sah Taraf dan juga pertukaran kanak-kanak. Ia adalah prosedur. Di pihak kerajaan, tidak ada masalah.

"Selain itu, bagi isu anak lahir di luar negara, walaupun undang-undag belum di pinda secara pentadbirannya, Kementerian Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah bersetuju untuk memudahkan pelaksanaannya," katanya kepada pemberita di Bangunan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di sini, Khamis.

Sebelum itu, Nancy menerima kunjungan hormat dari Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) yang diketuai presidennya Prof Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin. Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Pembaharuan Undang-undang Datuk Noor Farida Ariffin.

Sebelum itu, Nancy turut menerima satu salinan Memorandum Pembaharuan Undang-undang Malaysia daripada NCWO yang mencadangkan beberapa pindaan yang perlu dilakukan untuk melindungi golongan wanita dan kanak-kanak di negara ini.

Ia termasuk mengenai kewarganegaraan, kanak-kanak tanpa kerakyatan, anak tidak sah taraf dan perkahwinan kanak-kanak, Undang-Undang Keluarga, Pencen Terbitan, Kanun Keseksaan dan Konvensyen Penghapusan Diskriminasi Terhadap Wanita (Cedaw).

Sementara itu, Nancy mengalu-alukan badan bukan kerajaan (NGO) bekerjasama dan memberi maklum balas kepada kerajaan dalam penambahbaikan perundangan di negara ini.

"Kerajaan berterima kasih kepada NGO-NGO yang banyak membantu dan memberi kritikan membina dalam penambahbaikan perundangan.

"NCWO telah menjalankan usaha yang amat baik. Bagi pihak kerajaan, kami amat menghargainya. Saya berharap perkongsian pintar dan inisiatif di kalangan kita akan berterusan," katanya. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan