Kemalangan: Pengusaha Bas Tidak Boleh Lepas Tangan - SPAD

Diterbitkan: Khamis, 12 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengusaha bas tidak boleh lepas tangan dan perlu bertanggungjawab terhadap setiap kemalangan membabitkan pemandu mereka, kata Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar.

Beliau berkata tugas SPAD adalah mengeluarkan prosedur antaranya mengenai kriteria pemandu bas dan menjadi tanggungjawab pengusaha syarikat bas untuk menentukan prosedur itu diikuti.

"Bila kemalangan berlaku banyak yang bertanyakan kepada SPAD. SPAD tidak boleh menjaga pemandu bas, apa yang SPAD boleh buat ialah melahirkan prosedur menentukan pemandu yang layak, mempunyai pengalaman mencukupi dan yang sihat masa memandu. "Tetapi paling penting yang kita akan bagi tumpuan ialah tentukan pengusaha yang sebenarnya golongan berdepan dengan keadaan itu, mereka perlu mengambil tindakan tegas kepada penentuan pemandu-pemandu yang tidak mencukupi syarat untuk memandu, itu kemungkinan akan mengelakkan atau mengurangkan kecelakaan daripada berlaku," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengedarkan risalah mengenai kesedaran hak penumpang teksi di sekitar pusat beli-belah Pavillion dengan kerjasama Persatuan Pelancongan BBKLCC di sini, Khamis.

Ditanya mengenai kemalangan membabitkan empat kenderaan termasuk dua bas di Km31.5, Lebuhraya Karak menghala ke Kuala Lumpur petang semalam, Syed Hamid berkata SPAD akan menghantar notis tunjuk sebab kepada pengusaha bas meminta mereka memberikan jawapan kepada beberapa persoalan mengenai kemalangan itu.

Seorang wanita Singapura yang terlibat dalam kemalangan itu meninggal dunia awal hari ini, manakala 12 orang cedera dalam kejadian itu.

"Notis itu kita akan hantar secepat mungkin selepas kita dapat maklumat asas mengenai kemalangan itu," katanya.

Beliau berkata perkara yang sama juga dilaksanakan dalam kemalangan bas di Genting Highlands baru-baru ini mengakibatkan 37 penumpang maut.

"Macam yang di Genting Highlands...kita panggil pengusaha untuk tunjuk sebab. Pengusaha tak boleh lepas tangan...akhirnya sama ada pemandu selamat, pemandu sihat, itu adalah tanggunjawab pengusaha.

"Kami akan bertindak tegas terhadap pengusaha, tetapi kami tidak mahu membuat kesimpulan sebelum mendapat keputusan siasatan. Kalau tak kita tak adil kita buat keputusan siapa yang bersalah sebelum tahu fakta dan keterangan," katanya.

Sementara itu, Syed Hamid mengingatkan pemandu teksi untuk tidak mengambil kesempatan terhadap penumpang terutamanya pelancong asing supaya imej dan matlamat negara meningkatkan jumlah kemasukan pelancong asing pada Tahun Melawat Malaysia 2014 tidak tercalar.

"Kita dapat banyak komplen mengenai teksi kita di sini, terutama yang tak guna meter.

"Jangan ketuk untuk dapat untung jangka pendek...2014 kita sasarkan jumlah lebih besar kedatangan pelancong, jadi biarlah kita tentukan supaya pelancong ingat kenangan manis di sini," katanya.

Dalam operasi bersepadu SPAD bersama-sama Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan di sekitar Bukit Bintang baru-baru ini, 35 orang pemandu teksi didapati tidak menggunakan meter manakala enam lagi ditahan kerana mengenakan caj berlebihan.

Ditanya mengenai status draf rancangan induk pengangkutan awam darat negara, Syed Hamid berkata draf itu masih dalam proses mengumpul maklum balas orang ramai dan dijangka dibentang ke Kabinet hujung tahun ini.

Pada majlis itu, beliau turut melancarkan aplikasi perkhidmatan telefon pintar android dan Iphone 'MySPAD' yang membolehkan orang awam mendapat maklumat mengenai pengangkutan awam termasuk memberi aduan dan maklum balas. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan