Jeffrey Diselar Berhubung Cadangan 'Hari Penjajahan'

Diterbitkan: Khamis, 12 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Seorang pemimpin kanan Barisan Nasional (BN) Sabah menyelar Presiden Parti Reformasi Negeri (Star) Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang mencadangkan Hari Malaysia dinamakan 'Hari Penjajahan'.

Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Buang Sayang Datuk Abdul Rahim Ismail berkata kenyataan Jeffrey itu bukan sahaja "kebudak-budakan" tetapi jelas tidak menghormati peranan penting dimainkan pemimpin Sabah untuk kemerdekaan Sabah dalam Malaysia.

"Siapa beliau (Jeffrey) untuk membuat cadangan liar itu? Beliau patut baca laporan Suruhanjaya Inkuiri mengenai Borneo Utara dan Sarawak 1962," katanya kepada Bernama di sini, Khamis.

Suruhanjaya itu diketuai Lord Cobbold, adalah untuk mengesahkan pandangan penduduk Borneo Utara dan Sarawak mengenai cadangan Persekutuan Malaysia.

Abdul Rahim juga ialah Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional Sabah. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan