Hantar Anak Ke Taska Berdaftar Dengan JKM - Rohani

Diterbitkan: Khamis, 12 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menggalakkan ibu bapa menghantar anak mereka ke Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi menjamin keselamatan anak mereka.

Menterinya Datuk Rohani Abdul Karim berkata sekiranya Taska itu berdaftar, kementerian boleh mengambil tindakan jika berlaku sesuatu kejadian tidak diingini atau membabitkan aktiviti menyalahi undang-undang seperti penderaan terhadap kanak-kanak.

"Langkah mendaftarkan Taska swasta memudahkan kita membuat pemantauan kerana ia mempunyai garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) dan kita percaya masih banyak lagi Taska yang tidak berdaftar dengan JKM," katanya kepada Pemberita di sini, Khamis.

Beliau ditemui selepas program lawatan Sentuhan Rohani di Pusat Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Sembilan, di sini.

Turut hadir Timbalannya Datuk Azizah Mohd Dun dan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Sembilan Datuk Norhayati Omar.

Rohani berkata kementerian menyediakan pakej bantuan kepada pasangan ibu bapa kakitangan awam yang menghantar anak mereka ke Taska berdaftar dengan JKM iaitu mereka yang berpendapatan isi rumah di bawah RM3,000 boleh menikmati subsidi RM180 bagi seorang anak.

Katanya ibu bapa yang menghantar anak mereka ke Taska swasta yang berdaftar dengan JKM serta mempunyai pendapatan isi rumah perkapita RM500 dan ke bawah boleh memohon subsidi yuran pengasuhan kanak-kanak sebanyak RM250 bagi anak berusia di bawah empat tahun.

Sementara itu, katanya kementerian menyasarkan untuk memastikan sekurang-kurangnya 900 Taska berdaftar dengan JKM di seluruh negara menjelang akhir tahun ini, berbanding setakat ini hanya 644 buah.

Katanya sasaran itu adalah sebahagian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kementerian pada tahun ini.

Mengulas mengenai kejadian seorang bayi perempuan di Klang kelmarin yang dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) selepas mengalami pendarahan otak selain retak tengkorak serta lebam pada dahi dipercayai didera pengasuh, beliau berkata pegawainya dan juga polis sedang menjalankan siasatan.

"Pengasuh sepatutnya bertanggungjawab apabila menerima tanggungjawab itu dan kejadian seperti itu membuatkan ibu bapa bimbang terhadap keselamatan anak mereka.

"Sebab itu kita menyarankan ibu bapa memilih Taska berdaftar supaya mudah diambil tindakan," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan