Guan Eng Nafi Burukkan Malaysia Kepada Pelabur Hong Kong

Diterbitkan: Khamis, 12 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menjawab kritikan yang mendakwa beliau cuba memburuk-burukkan Malaysia semasa misi perdagangan rasmi ke Hong Kong minggu lalu.

Setiausaha Agung DAP itu berkata beliau tidak akan dapat mempengaruhi pelabur-pelabur asing ke Pulau Pinang jika cuba menjatuhkan negara ini kerana Pulau Pinang juga merupakan sebahagian daripada Malaysia.

Beliau berkata, semasa lawatan tiga hari bermula 3 September, beliau telah bertemu dengan diaspora P.Pinang iaitu anak Pulau Pinang yang kini bekerja, belajar atau tinggal di Hong Kong.

Dalam satu kenyataan di sini, beliau berkata ucapan makan malam beliau telah menyentuh mengenai kenaikan harga baru-baru ini.

"Hanya dengan melaksanakan tender terbuka berdaya saing dan memerangi rasuah akan menyelamatkan RM51 bilion setiap tahun," katanya.

"Tanpa diiringi langkah-langkah yang menunjukkan komitmen Kerajaan Persekutuan terhadap rasuah, orang ramai dengan mudah mempertikaikan keikhlasan kerajaan dan melihat tuntutan untuk mengurangkan kos sebagai palsu," katanya.

Pada Ahad, aktivis sosial Huan Cheng Guan menuduh Guan Eng, antara lain, memberi gambaran palsu bahawa Malaysia adalah tempat tidak selamat dan Kerajaan Persekutuan telah melaksanakan "langkah-langkah palsu " untuk mengurangkan kos.

Huan mendakwa bahawa Guan Eng berkata, Kerajaan Persekutuan cuba untuk mengalihkan perhatian dengan memainkan sentimen perkauman, agama dan pelampau.

Guan Eng menegaskan bahawa kenyataan beliau mengenai keikhlasan Perdana Menteri dan kenaikan petrol tidak menunjukkan bahawa beliau memburukkan negara.

Beliau juga berkata banyak pelabur dan penganalisis telah mengenal pasti bahawa jenayah, rasuah, hutang dan standard pendidikan adalah sebab mengapa Malaysia kini kurang menarik dan kurang berdaya saing.

"Mengurangkan jenayah adalah tidak sukar jika Kerajaan Persekutuan membiarkan polis memerangi jenayah bukannya memantau pemimpin parti pembangkang," kata Lim.

Huan yang dihubungi di sini berkata beliau akan mengeluarkan bantahan terhadap dakwaan Guan Eng.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan