Banteras Syiah: Malaysia Tidak Akan Putuskan Hubungan Diplomatik Dengan Iran - Anifah

Diterbitkan: Khamis, 12 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Malaysia tidak akan memutuskan hubungan diplomatik dengan Iran dalam usaha membanteras penyebaran ajaran Syiah di negara ini.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata Iran merupakan rakan penting bagi Malaysia dan adalah tidak wajar serta tidak berasas, kerana isu yang dibincangkan merupakan satu isu domestik yang perlu ditangani oleh pihak berkuasa yang berkenaan di negara ini.

"Ingin saya menyatakan bahawa kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh itu tidak mencerminkan pandangan Kerajaan Malaysia walau dalam apa cara sekalipun.

"Adalah menjadi dasar luar Malaysia untuk menjalin hubungan baik dengan semua negara berlandaskan sikap saling menghormati untuk memupuk hubungan muhibah dan kerjasama dalam semua bidang yang berkepentingan demi manfaat bersama," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu.

Dalam laporan media baru-baru ini, Wan Zahidi dilaporkan mengusulkan supaya Kerajaan Malaysia menamatkan hubungan diplomatik dengan Iran dalam Seminar "Mendepani Virus Syiah", yang diadakan di Pusat Islam, Kuala Lumpur pada 8 September lalu.

Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan, Anifah berkata dalam usaha untuk memperkukuh dan memperluaskan skop serta keakraban hubungan Malaysia dengan negara-negara lain, adalah menjadi amalan Malaysia untuk berinteraksi dengan semua negara yang menjadi rakan kongsi melalui pelbagai mekanisme dan forum yang turut memberikan peluang kepada Malaysia untuk membincangkan serta menyelesaikan isu-isu berkepentingan bersama.

Justeru itu, beliau berkata gesaan supaya Malaysia memutuskan hubungan diplomatik dengan Iran, adalah tidak wajar serta tidak berasas, kerana isu yang dibincangkan merupakan satu isu domestik yang perlu ditangani oleh pihak berkuasa yang berkenaan di negara ini.

"Saya ingin menyatakan bahawa Malaysia mengalu-alukan kedatangan warganegara asing ke Malaysia untuk meneroka serta menikmati keindahan dan kepelbagaian unik yang ditawarkan Malaysia termasuklah hospitaliti rakyatnya, serta mengalu-alukan penyertaan mereka dalam bidang perniagaan di Malaysia.

"Semasa berada di Malaysia, mereka perlulah menghormati undang-undang Malaysia dan peka akan sensitiviti budaya dan agama masyarakat negara ini, serta tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang negara kita atau menyebabkan perpecahan atau mengganggu keharmonian kaum dan agama, termasuklah perihal yang membabitkan agama Islam di Malaysia yang mempunyai kepelbagaian sosial dan budaya," katanya.

Anifah berkata sepertimana juga di negara lain, sebarang pelanggaran undang-undang dan tingkah laku yang menimbulkan ketegangan di negara ini tidak kira sama ada kesalahan tersebut dilakukan oleh rakyat Malaysia ataupun warganegara asing akan dikenakan tindakan mengikut lunas undang-undang Malaysia.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan