Anggota Umno Diingat Tidak Ambil Kesempatan Pada Mana-Mana Persidangan - Tengku Adnan

Diterbitkan: Khamis, 12 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Anggota Umno diingatkan tidak mengambil kesempatan terhadap mana-mana persidangan sama ada untuk kepentingan peribadi atau atas agenda lain termasuk membatalkan persidangan.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata kuasa pemutus ditentukan oleh Majlis Tertinggi sebagaimana termaktub dalam perlembagaan dan peraturan parti.

Beliau berkata ini kerana, menjelang pemilihan parti yang bakal berlangsung dan dikawal selia oleh Jawatankuasa Khas Pemilihan Umno 2013, pelbagai aduan diterima oleh jawatankuasa itu.

"Antara aduan yang diterima oleh jawatankuasa terbabit adalah bersifat dengan sengaja berniat untuk memburukkan anggota/cawangan/bahagian, dengan sengaja berniat untuk membatalkan mesyuarat yang dijalankan serta aduan yang tidak munasabah," katanya dalam satu kenyataan di sini, Khamis.

Tengku Adnan berkata jawatankuasa itu bersidang setiap hari di Ibu Pejabat bagi membincang, menyelaras, menyelia dan memastikan setiap aduan berkaitan permasalahan yang timbul dapat ditangani dengan adil dan telus seterusnya memberi kaedah penyelesaian terbaik.

"Namun demikian, ianya hendaklah disahkan oleh Ketua Bahagian dan Setiausaha Bahagian Umno dan sebarang siasatan berkaitan aduan dibuat oleh Badan Perhubungan Umno Negeri," katanya.

Beliau berkata Ibu Pejabat juga telah mengenal pasti beberapa Umno Bahagian yang bermasalah seperti di Pulau Pinang, Kelantan, Perak dan beberapa negeri yang lain dan sedang meneliti dan memperhalusi kaedah terbaik agar setiap masalah dapat diselesaikan dengan baik.

Selain itu katanya, Ibu Pejabat juga mendapat maklumat di peringkat Umno Bahagian bahawa terdapat pihak yang bertindak negatif termasuklah melakukan politik wang.

"Sehubungan itu, saya ingatkan mana-mana anggota Umno yang secara jelas terlibat dalam anasir-anasir sedemikian dan melanggar tataetika anggota Umno maka mereka akan diambil tindakan keras termasuklah digantung keanggotaannya. "Sebarang bantahan yang dibuat perlulah melalui Ketua Bahagian dan Setiausaha Bahagian Umno," katanya.

Mengenai pemutihan anggota Umno ekoran pindaan Perlembagaan parti pada 15 Oktober 2009, Tengku Adnan menyarankan mana-mana anggota, cawangan dan bahagian yang akan bermesyuarat agar membuat semakan keanggotaan bagi mengelakkan sebarang kerumitan dan permasalahan berlaku.

Beliau berkata menerusi persidangan cawangan yang berlangsung pada tahun 2010, 2011 dan 2012, Ibu Pejabat tidak menerima sebarang aduan berkaitan keanggotaan di mana-mana cawangan.

"Namun demikian, dalam persidangan cawangan 2013 terdapat pelbagai masalah yang timbul barangkali ekoran kelalaian atau kelekaan daripada membuat semakan keanggotaan masing-masing," katanya.

Beliau berkata pemutihan anggota Umno telah dibuat pada tahun 2010, 2011 dan 2012 agar senarai anggota yang ada di setiap bahagian adalah mengikut daftar yang terkini setelah penghapusan yuran tahunan anggota.

"Selain itu, ia penting untuk memastikan kesahihan senarai anggota Umno antara bahagian dan Ibu Pejabat," katanya.

Beliau berkata sehingga hari ini, jumlah perwakilan yang telah selesai melaksanakan tanggungjawabnya melalui persidangan cawangan ialah sekitar 53 peratus. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan