Pemilihan CEC DAP Akan Diteruskan Selagi Tiada Perintah Mahkamah - Guan Eng

Diterbitkan: Rabu, 11 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemilihan khas Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP akan diteruskan mengikut tarikh yang ditetapkan melainkan terdapat perintah mahkamah supaya ia ditangguhkan.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, perkara ini melibatkan undang-undang dan beliau menyerahkan kepada peguam-peguam parti untuk berurusan dengannya.

"Biar peguam yang uruskan. Ini melibatkan undang-undang dan urusan mahkamah.

"Kita akan teruskan (CEC) sehingga terdapat perintah mahkamah untuk menangguhkannya," kata beliau kepada para pemberita selepas melancarkan kempen "Impian Sarawak" sempena sambutan Hari Malaysia ke-50, di Ibu Pejabat DAP, di sini, Rabu.

Guan Eng yang juga ketua menteri Pulau Pinang berkata demikian sebagai mengulas permohonan injunksi yang difailkan oleh Naib Pengerusi DAP cawangan Ladang Paroi, A.David Dass bagi menghalang pemilihan khas CEC.

Pemilihan semula CEC dijadualkan berlangsung pada 29 September ini.

Pada Selasa, Dass mengadakan sidang media mendakwa telah memfailkan permohonan injunksi menghalang pemilihan tersebut daripada diadakan kerana ia bertentangan dengan perlembagaan parti.

Dass sebaliknya menuntut agar satu mesyuarat kongres diadakan pada tarikh tersebut, bukannya pemilihan semula CEC.

Dalam perkembangan berkaitan, Guan Eng berkata, segala persiapan menghadapi pemilihan sedang dilakukan.

"Saya harap semuanya berjalan lancar demi parti walaupun timbul isu permohonan injunksi," katanya lagi.

Pada 14 Ogos lalu Pengerusi DAP Karpal Singh mengumumkan DAP akan mengadakan pemilihan semula CEC seperti yang diarahkan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Arahan tersebut dibuat selepas ROS mendapati pemegang-pemegang jawatan dalam pemilihan Disember lalu tidak sah.

Isu kepincangan keputusan pemilihan CEC bermula pada 4 Januari lalu apabila Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng secara tiba-tiba mendedahkan terdapat 'kesilapan teknikal' sewaktu penjumlahan undi iaitu 19 hari selepas keputusan diumumkan.

Selepas kesilapan diperbetulkan, keputusan berubah dengan menyaksikan beberapa muka baru muncul sebagai pemenang.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan