MCA Dapatkan Pandangan Undang-Undang Mengenai EGM - Soi Lek

Diterbitkan: Rabu, 11 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: MCA akan mendapatkan pandangan undang-undang tentang sama ada mesyuarat agung luar biasa (EGM) seperti dicadangkan kumpulan timbalan presiden, Datuk Seri Liow Tiong Lai boleh diadakan.

Presiden parti, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata pucuk pimpinan parti perlu meneliti permintaan bagi diadakan EGM untuk membincangkan, antara lain, pembatalan penggantungan tiga tahun ke atas anggota exco negeri Johor, Datuk Tee Siew Kiong, kerana ini melibatkan isu perundangan dan teknikal.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat majlis presiden MCA di sini pada Selasa, beliau berkata perkara terlibat termasuk penetapan waktu untuk diadakan EGM, dengan mengambil kira bahawa pemilihan bahagian parti dijadual berlangsung pada 22 Sept bagi memilih perwakilan pusat MCA yang baru.

Semalam, Liow dan 13 anggota lain jawatankuasa pusat (CC) MCA meminta diadakan EGM dalam masa tujuh hari, dengan menyatakan bahawa pembatalan penggantungan Tee oleh CC bertentangan dengan resolusi parti dibuat pada 2011 dan 2012.

Menurut perlembagaan parti, EGM boleh diadakan dalam tempoh 21 hari selepas pengeluaran notis kepada perwakilan pusat.

Dalam pada itu, Dr Chua enggan membuat sebarang kenyataan bila ditanya mengenai spekulasi yang beliau akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti 21 Disember depan. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan