Kuin Tawar Tempat Pelajar Mesir Sambung Pengajian

Diterbitkan: Rabu, 11 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Mahasiswa yang dibawa pulang dari Mesir akibat pergolakan di negara itu baru-baru ini, berpeluang menyambung pengajian mereka di Kolej Universiti Insaniah (Kuin).

Pengarah Jabatan Perhubungan Awam Kuin, Muhammad Azki Hafizi Ibrahim berkata kursus-kursus yang ditawarkan ialah dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Syariah, Usuluddin, Bahasa Arab, Al-Quran dan Perubatan.

"Pihak Kuin membuka peluang khas kepada pelajar yang pulang dari Mesir yang tidak berhasrat untuk menyambung semula pengajian di sana memandangkan keadaan di negara itu yang masih tidak stabil," katanya dalam satu kenyataan di sini, Rabu.

Beliau berkata, bagi pelajar-pelajar yang sedang menuntut dalam bidang pengajian Islam di Universiti Al-Azhar Mesir, mereka boleh menyambung pengajian di Kuin dalam program Ijazah Sarjana Muda Usuluddin, Syariah, Bahasa Arab dan Al Quran.

Katanya pengajian di Kuin amat bertepatan serta selari dengan universiti di Mesir kerana kebanyakan pensyarah yang mengajar bidang pengajian Islam adalah tenaga pengajar yang diambil dari Universiti Al-Azhar. Muhammad Azki Hafizi berkata, selain itu kurikulum yang digunakan Kuin juga mengikut silibus universiti terkemuka itu dan bahasa pengantar program pengajian Islam di Kuin turut menggunakan Bahasa Arab.

Menurutnya pengambilan terdekat Kuin adalah pada Disember ini, namun syarat kemasukan tertakluk kepada syarat ditetapkan Kementerian Pendidikan (KPM) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Sementara itu, katanya, bagi pelajar-pelajar bidang perubatan dari mana-mana Universiti di Mesir pula, mereka boleh menyambung pengajian di Kuin dalam bidang Ijazah Perubatan dan Pembedahan.

"Bidang perubatan di Kuin juga mempunyai kesinambungan dengan pelajar dari Mesir kerana pengajian di sini pelajar diwajibkan menghafaz surah-surah tertentu di samping tambahan kurikulum pengajian Islam yang lain. "Kemasukan ke bidang ini akan dibuat pada 29 September 2013 dan kemasukan bagi bidang ini seperti bidang lain tertakluk dengan syarat KPM, MQA dan Lembaga Perubatan Malaysia (MMC)," katanya.

Sehubungan itu, katanya, pelajar yang berminat boleh menemui wakil Kuin di Kementerian Pendidikan di Putrajaya esok untuk mendapatkan maklumat serta membuat permohonan menyambung pengajian di kolej universiti itu.

"Bagi pelajar yang tidak berkesempatan hadir, mereka juga boleh menghubungi terus Jabatan Hal Ehwal Akademik Kuin di talian 04-7320163," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan