Kongsi Gelap: ROS Diminta Batal Pendaftaran Sabah Atap Dan Otai

Diterbitkan: Rabu, 11 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) digesa membatalkan pendaftaran dua pertubuhan kerana disyaki terlibat dengan kegiatan kongsi gelap.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Datuk Abdul Jalil Hassan berkata dua pertubuhan itu ialah Sabah Atap yang berdaftar pada 2005 dan Otai pada 2007.

Beliau berkata, siasatan polis mendapati kedua-dua pertubuhan itu sering terlibat dengan kegiatan kongsi gelap seperti bergaduh dan pemerasan.

Bercakap kepada Bernama, Abdul Jalil mendedahkan terdapat dua lagi pertubuhan yang turut menggunakan nama Otai dan Sabah Atap, tetapi masing-masing didaftarkan dengan ROS pada 2012 dan 2013.

"Kita minta Otai yang didaftarkan pada 2007 dan Atap pada 2005 diharamkan (dibatalkan pendaftaran) manakala pertubuhan yang berdaftar dengan nama yang sama kita minta mereka tukar nama pertubuhan mereka," katanya.

Beliau berkata, siasatan setakat ini mendapati dua pertubuhan yang didaftarkan pada tahun lepas dan tahun ini tidak terlibat dalam sebarang kegiatan kongsi gelap.

Justeru, beliau menggesa mereka mengubah nama pertubuhan bagi mengelak daripada mengundang kekeliruan serta menimbulkan kegusaran dalam kalangan orang ramai.

Sabah Atap dan Otai ialah antara 49 kongsi gelap yang diwartakan sebagai pertubuhan haram oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) baru-baru ini.

Abdul Jalil berkata, polis sudah memaklumkan kepada ROS mengenai status kumpulan tersebut dan menyerahkan kepada jabatan itu untuk mengambil tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Pengarah ROS, Datuk Abdul Rahman Othman berkata pihaknya kini menunggu pengesahan rasmi daripada polis berhubung status dua pertubuhan berkenaan.

"Saya telah bermesyuarat di Bukit Aman, kita tunggu pengesahan polis. Sekiranya polis beri pengesahan kita akan haramkan dua pertubuhan berkenaan," katanya.

KDN baru-baru ini mengharamkan nama 49 kumpulan kongsi gelap di seluruh negara kerana dikesan menjalankan kegiatan memudaratkan ketenteraman awam seperti sindiket pengedaran dadah, pembunuhan, memeras ugut, menimbulkan pergaduhan antara pertubuhan kongsi gelap dan huru-hara.

Pengharaman itu berikutan polis melancarkan Ops Cantas Khas bagi mengurangkan jenayah kekerasan dan sehingga kini sebanyak 4,806 orang ditahan serta 221 senjata termasuk senjata api dirampas dalam operasi yang dijalankan di seluruh negara sejak 17 Ogos lalu. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan