Kerjasama Pendidikan Guru Dibincang Dalam Pertemuan Muhyiddin-Clegg

Diterbitkan: Rabu, 11 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (kanan) bersalaman dengan rakan sejawatannya Nick Clegg ketika mengadakan perbincangan dua hala di Dover House di London sempena hari ketiga lawatan kerja beliau ke United Kingdom. Perbincangan antara Muhyiddin dan Clegg berkisar mengenai hubungan perdagangan dua hala di samping turut menyentuh isu-isu yang mempunyai kepentingan bersama. -Foto BERNAMA
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (kanan) bersalaman dengan rakan sejawatannya Nick Clegg ketika mengadakan perbincangan dua hala di Dover House di London sempena hari ketiga lawatan kerja beliau ke United Kingdom. Perbincangan antara Muhyiddin dan Clegg berkisar mengenai hubungan perdagangan dua hala di samping turut menyentuh isu-isu yang mempunyai kepentingan bersama. -Foto BERNAMA

LONDON: Isu kerjasama pendidikan, hubungan perdagangan dua hala dan krisis di Syria dan Mesir merupakan antara intipati perbincangan antara Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan rakan sejawatnya dari United Kingdom (UK) Nick Clegg di sini, Selasa.

Muhyiddin berkata perbincangan mengenai pendidikan berkisar kepada usaha mewujudkan kerjasama jangka panjang bagi meningkatkan lagi keupayaan guru-guru Bahasa Inggeris di Malaysia.

Beliau mengambil contoh langkah membawa guru-guru dari Amerika Syarikat untuk membantu melatih guru-guru Bahasa Inggeris dalam negara yang dilaksanakan sebelum ini, yang mungkin boleh dipanjangkan dengan membawa masuk guru-guru dari UK pula.

Bercakap kepada wartawan Malaysia selepas mengadakan perbincangan dua hala dengan Clegg di sini, Timbalan Perdana Menteri berkata turut dibincangkan dalam aspek pendidikan ialah mengenai keperluan pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di UK.

"UK menjadi tempat ramai pelajar kita belajar, 14,000 sekarang ini kalau tak silap saya...jadi kita harap yuran pengajian di sini tidak naik, kita juga harap lebih ramai pelajar sini dapat belajar di Malaysia," katanya.

Perjumpaan dengan Clegg merupakan antara aturcara di hari ketiga lawatan kerja lima hari Muhyiddin ke UK, yang bermula Ahad lepas.

Sementara itu, Muhyiddin berkata beliau turut memaklumkan Clegg bahawa satu pasukan petugas sudah mengadakan mesyuarat pertama dalam usaha melihat bagaimana perdagangan dua hala dapat ditingkatkan kepada lapan bilion paun sterling, sebagaimana yang diputuskan kedua-dua negara sebelum ini.

"Memang dia (Clegg) ingin melihat kita meneliti satu persatu bidang-bidang yang kecil mana yang boleh kita majukan daripada segi perdagangan, sama ada barangan mahupun perkhidmatan, dan juga pelaburan di UK dan Malaysia," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan