Bahang 100 Hari Sebelum Pemilihan Parti Politik Kian Terasa

Diterbitkan: Rabu, 11 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bahang suasana 100 hari sebelum pemilihan parti bermula dengan empat parti politik dijangka mengadakan pemilihan bagi memilih pucuk pimpinan yang baru parti masing-masing sebelum penghujung tahun ini.

Umno dan MCA, dua parti komponen terbesar dalam Barisan Nasional dijangka mengadakan pemilihan masing-masing pada 19 Oktober dan 21 Disember.

Bagi pembangkang pula, DAP akan mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada 29 September ini sementara PAS pula akan mengadakan pemilihan Ahli Jawatankuasa Pusat parti itu pada 22 November ini.

Fokus utama sudah pasti terarah kepada pemilihan Umno berikutan keputusan pilihan raya umum ke-13 yang menyaksikan Barisan Nasional kehilangan beberapa kerusi namun Umno kembali meraih sokongan yang lebih besar dikalangan orang Melayu apabila menambah bilangan kerusi yang dimenangi berbanding dalam pilihan raya umum ke-12.

Tiada indikasi yang menunjukkan dua jawatan tertinggi parti itu yang disandang oleh Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan dicabar oleh mana-mana pihak.

Fokus kini terarah kepada saingan lima penjuru bagi merebut tiga kerusi Naib Presiden parti yang kini disandang oleh Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Shafie Apdal.

Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad antara mereka yang telah menyatakan pendirian untuk bersaing merebut jawatan Naib Presiden Umno.

Ahli Majlis Tertinggi Umno yang merupakan badan membuat keputusan tertinggi parti itu dijangka menyaksikan perubahan paling ketara, dengan beberapa Menteri Besar telah menyatakan pendirian untuk tidak mempertahankan jawatan masing-masing untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada jawatan dalam kerajaan mahupun di peringkat negeri.

Pemilihan menggunakan kaedah baru ini merupakan sistem yang kali pertama digunakan dengan membenarkan lebih 150,00 ahli Umno mengundi untuk memilih pucuk pimpinan parti berbanding hanya 2,500 perwakilan sebelum ini.

Keadaan yang sama juga berlaku dalam MCA, walaupun buat masa ini hanya timbalan presiden, Datuk Seri Liow Tiong Lai telah menyatakan hasratnya untuk bertanding jawatan Presiden parti itu.

Bagaimanapun, pemerhati politik, menjangkakan tiada pertandingan bagi merebut jawatan presiden.

Sementara itu, dua calon timbalan presiden yang telah menyatakan pendirian merka ialah Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong dan Naib Presiden, Gan Ping Sieu.

Bagaimanapun barisan calon yang akan menawarkan diri dijangka lebih jelas selepas 22 September ini apabila pemilihan parti bagi memilih anggota jawatankuasa pusat (CC) parti diadakan.

Anggota CC yang memenangi saingan tersebut akan memilih pucuk pimpinan parti MCA.

Justeru, peluang mereka untuk memenangi saingan pada pemilihan tersebut bergantung kepada berapa ramai daripada 2,000 CC menyokong mereka.

Pemilihan semula CEC DAP pada 29 September ini dijangka panas.

Sehingga kini, calon bukan pilihan telah menyatakan bantahan apabila mereka dilarang melihat senarai calon CEC yang layak bertanding.

Seorang ahli parti seumur hidup, M. Manoharan, yang merupakan seorang daripada 68 calon bagi jawatan CEC berkata kegagalan memberikan senarai calon kepada perwakilan menidakkan peluang calon untuk berkempen secara demokratik.

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) telah mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula CEC parti kerana tidak berpuas hati dengan 'kesilapan teknikal' yang berlaku dalam pemilihan DAP pada Disember lalu.

Saingan pada pemilihan PAS juga dijangka sengit, bagi jawatan nombor dua parti yang disandang oleh Mohamad Sabu serta tiga kerusi Naib Presiden parti itu.

Ramai pemimpin parti telah menyatakan secara terbuka untuk mengembalikan kepimpinan ulama, serta menolak pemimpin yang dikatakan rapat dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan