Azalina Tarik Diri Daripada Saingan Ketua Wanita Umno

Diterbitkan: Rabu, 11 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Azalina (kiri) dan Shahrizat (kanan).
Azalina (kiri) dan Shahrizat (kanan).

PETALING JAYA: Datuk Seri Azalina Othman Said telah mengesahkan beliau menarik diri daripada saingan merebut jawatan Ketua Wanita Umno pada pemilihan parti akan datang.

"Ya, benar saya tarik diri daripada saingan," kata Azalina kepada The Star Online pada Rabu.

Bekas Ketua Puteri itu turut membuat posting di akaun Facebook miliknya: "Kepada semua kawan-kawan, keputusan dibuat atas nasihat anda. Terima kasih."

Bagaimanapun, Azalina enggan mendedahkan butiran lanjut disebalik keputusannya menarik diri daripada mencabar penyandang jawatan Ketua Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil

Beliau juga enggan mengulas mengenai posting yang dibuat di akaun Facebook miliknya.

"Saya hanya akan membuat kenyataan penuh pada 20 September nanti. Buat masa ini, tiada apa yang ingin saya kata apa-apa," katanya.

Pada Selasa, Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang dilaporkan berkata beliau telah membuat keputusan untuk menarik diri selepas mengadakan perbincangan dengan pemimpin tertinggi parti.

Sumber dalaman parti berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menasihatkan Azalina supaya menimbangkan semula tindakannya untuk bertanding menentang Shahrizat kerana kebimbangan pertandigan tersebut akan menimbulkan perpecahan dikalangan ahli parti kerana sayap Wanita merupakan tonggak kekuatan Umno.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan