TPM Suarakan Pandangan Malaysia Isu Krisis Syria Kepada UK

Diterbitkan: Selasa, 10 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Malaysia berpandangan pihak berkenaan perlu mengambil kira cadangan Rusia agar Syria menyerahkan senjata kimia kepada kawalan satu badan antarabangsa sebelum melancarkan campur tangan ketenteraan di negara itu.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ini kerana Malaysia bimbang operasi ketenteraan ke atas Syria akan membawa bencana lebih besar.

Katanya pandangan itu beliau kemukakan dalam pertemuan dengan rakan sejawatannya dari United Kingdom (UK) Nick Clegg.

UK katanya menyuarakan pandangan hampir sama dengan sedikit kelainan yang mungkin dipengaruhi oleh hubungan negara itu dengan Amerika Syarikat.

"Kelainannya mungkin kerana dia (UK) sudah biasa dengan hubungan dengan Amerika Syarikat, pandangan itu mungkin agak berbeza sedikit, namun apapun saya telah sebutkan...penting supaya pendekatan yang dicadangkan dalam menangani krisis di Syria dibuat dengan lebih berhemah," katanya kepada pemberita Malaysia selepas pertemuan dengan Clegg di Whitehall di sini pada Selasa.

Pertemuan dengan Clegg merupakan antara atur cara hari ketiga lawatan kerja lima hari Muhyiddin ke UK yang bermula Ahad lepas.

Muhyiddin berkata Malaysia amat sedih dan kecewa dengan krisis berlarutan di Syria yang mengorbankan banyak nyawa dan seboleh-bolehnya ingin melihat tiada campur tangan ketenteraan.

Katanya beliau turut meminta kerajaan British membantu dari segi sokongan pencalonan Malaysia untuk menjadi anggota organisasi di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam usaha menyelesaikan pelbagai krisis dunia seperti anggota dilantik Majlis Keselamatan PBB, 'International Maritime Organisation', 'Human Rights Commission' dan sebagainya.

"Beliau (Clegg) menyatakan biasanya kerajaan British tidak buat kenyataan terbuka (mengenai sokongan itu), tapi saya menyatakan sokongan moral itu penting bagi kita, saya lihat beliau agak positif dari segi responsnya dan beliau juga ingin melihat bagaimana hubungan Malaysia-UK dapat diperkukuhkan lagi," katanya.

Beliau berkata dalam pertemuannya dengan Clegg itu mereka turut menyentuh krisis di Mesir dan menurut Muhyiddin kerajaan British sentiasa berusaha membantu dalam menangani krisis di Mesir dan Syria dari segi kemanusiaan dan kebajikan. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan