Tiada Rakyat Malaysia Berada Di Kawasan Pertempuran Selatan Filipina - Anifah

Diterbitkan: Selasa, 10 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Tiada rakyat Malaysia dikesan berada di kawasan pertempuran bersenjata antara sekumpulan anggota Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) dan pasukan keselamatan Filipina di Zamboanga, selatan Filipina.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Amah dalam satu kenyataan hari ini berkata, namun Kedutaan Besar Malaysia di Manila dan Konsulat Jeneral Malaysia di Davao City telah diarah mengambil langkah sewajarnya bagi membantu rakyat negara ini yang mungkin terjejas.

Katanya sebagai langkah berjaga-jaga, pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) meningkatkan kawalan keselamatan di sepanjang perairan Sabah bersempadan dengan selatan Filipina.

"Rakyat Malaysia yang berhasrat untuk ke kawasan berkenaan juga diminta menangguhkan sementara perjalanan mereka sehingga keadaan keselamatan kembali pulih," katanya.

Anifah berkata sebagai fasilitator kepada proses damai antara Kerajaan Filipina dan MILF, Malaysia tetap komited dengan usaha ke arah penyelesaian konflik secara aman demi kebaikan semua pihak.

"Malaysia juga yakin bahawa kedua-dua pihak akan meneruskan proses damai ke arah keamanan, kestabilan dan kemakmuran yang perpanjangan di selatan Filipina.

"Pertempuran itu merupakan isu dalaman, Malaysia yakin keadaan dapat dikawal dan kedua-dua pihak mampu memulihkan semula keamanan di kawasan terbabit," katanya.

Anifah berkata,Malaysia menghormati prinsip dan semangat Asean untuk tidak mencampuri urusan dalaman negara-negara anggota. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan