Populariti Dalam Parti Tidak Jamin Menang Pilihan Raya - Nazri

Diterbitkan: Selasa, 10 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata populariti dalam parti tidak akan menjamin kemenangan seseorang calon dalam pilihan raya.

Beliau berkata apa yang penting adalah seseorang pemimpin itu perlu bekerja dan popular di kalangan rakyat yang mengundi mereka pada pilihan raya umum lepas.

Katanya terdapat juga anggota Majlis Tertinggi (MT) yang popular dalam parti tetapi kalah dalam pilihan raya umum lepas.

"Apa yang penting sekarang ini ialah bukan untuk kita berebut jawatan dalam Umno. Sesetengah orang mungkin muak dan bosan.

"Yang penting adalah untuk kita bekerja untuk masyarakat di bawah. Bagi setiap ahli Umno, bekerja di kawasan yang kita peroleh, melayan pengundi-pengundi, itu yang jauh lebih penting daripada pemilihan," katanya kepada pemberita selepas majlis pra-pelancaran Malaysia Tourism Hunt 2013 di sini, Isnin.

Beliau berkata demikian sebagai menyokong kenyataan anggota parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang sudah muak dengan apa yang berlaku dalam Umno yang disifatkan masih belum ada perubahan walaupun telah berjanji sebelum pilihan raya.

Dalam pada itu, beliau turut bersetuju dengan penampilan muka baharu yang berkemampuan bertanding dalam pemilihan Umno pada Oktober depan.

"Kita sentiasa mahu pastikan proses meregenerasi dilakukan kerana parti perlu kepada kesinambungan dari segi kepimpinan. Oleh sebab itu, penampilan generasi muda sudah tentu penting," katanya.

Bagaimanapun, Mohamed Nazri tidak menafikan kehadiran orang lama untuk memberikan keseimbangan dan kesinambungan dalam kepimpinan Umno.

Sementara itu, Mohamed Nazri yang juga Menteri Pelancongan menegaskan beliau tidak pernah berharap untuk dilantik sebagai anggota MT seperti sebelum ini.

"Saya tak pernah kata nak tunggu orang lantik sebagai MT. Itu bukan hak saya itu hak Presiden. Saya pernah bertanding pada 1990 dan kemudiannya dilantik oleh Tun Dr Mahathir (Mohamad) dan Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi).

"Tidak seperti sahabat saya yang lain (yang bertanding naib presiden), saya tidak berhajat untuk naik lebih tinggi dari sekarang," katanya yang mahu mengekalkan kerusi Ketua Umno Bahagian Padang Rengas yang dimenangi tanpa bertanding.

Katanya agenda peribadinya adalah untuk memastikana kerusi Parlimen Padang Rengas dan dua kerusi Dewan Undangan Negeri menjadi milik Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-14. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan