Kementerian Kesihatan Minta 'Lebih Perhatian' Dalam Bajet 2014 - Berita Semasa | mStar

Kementerian Kesihatan Minta 'Lebih Perhatian' Dalam Bajet 2014

Diterbitkan: Selasa, 10 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kementerian Kesihatan meminta 'lebih perhatian' dalam pembentangan Bajet akan datang.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, kementerian memerlukan lebih banyak peruntukan berikutan kenaikan kos pentadbiran perkhidmatan kesihatan.

"Kos semakin meningkat kira-kira 10 peratus setahun.

"Ini disebabkan oleh peningkatan bilangan pesakit di hospital-hospital awam," kata Dr Hilmi pada sidang akhbar di Universiti Sains Malaysia, Selasa.

Dr Hilmi berkata peningkatan jumlah pesakit mencerminkan kualiti 'perkhidmatan hospital dan keyakinan orang ramai terhadapnya.

Beliau berkata, jumlah kos yang ditanggung oleh kementerian adalah RM20 bilion tahun lepas.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan