Jemaah Haji Dinasihati Jauhi Terik Matahari

Diterbitkan: Selasa, 10 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MADINAH: Jemaah haji Malaysia dinasihati supaya tidak mendedahkan diri di bawah terik matahari atau berada dalam kesesakan di Madinah dan Makkah terutamanya pada waktu tengah hari bagi mengelakkan terkena serangan ahmar panas.

Pengarah Operasi Perubatan Tabung Haji (TH) Dr Suhazeli Abdullah berkata berdasarkan pengalaman lepas, kebanyakan jemaah haji Malaysia terkena serangan ahmar panas akibat terdedah kepada kepanasan melampau dan berada di tengah-tengah kesesakan orang ramai.

Katanya antara simptom ahmar panas adalah terasa pening, muntah dan seterusnya pengsan.

Beliau memberitahu pemberita Malaysia di sini hari ini, waktu kemuncak panas ialah sekitar pukul 9 pagi hingga 4 petang waktu tempatan dan jemaah haji dinasihati berada di tempat lapang dan teduh pada waktu itu.

"Jemaah haji Malaysia harus membuat persiapan untuk menjaga kesihatan kerana cuaca di dua buah tanah suci itu panas sehingga mencecah lebih 40 darjah," katanya.

Beliau berkata meminum banyak air, berada di tempat teduh dan mengelakkan daripada terhimpit dalam kesesakan adalah antara langkah mengawal kejutan kepanasan melampau itu.

Dr Suhazeli berkata pusat rawatan kesihatan yang disediakan TH mempunyai 24 katil selain wad kecemasan, makmal dan fisioterapi sebagai persiapan memberi perkhidmatan perubatan dan kesihatan kepada jemaah Malaysia.

Pusat rawatan kesihatan yang terletak di bangunan Ala Aldeen kira-kira 2km dari Masjid Nabawi di sini mempunyai 200 petugas perubatan di Makkah dan Madinah dengan 15 orang daripadanya adalah pegawai perubatan.

Katanya pada musim haji lepas kebanyakan jemaah dimasukkan ke wad akibat masalah respiratori, batuk, paru-paru berair dan demam. Setakat ini lebih 4,000 jemaah dan petugas haji dari Malaysia telah berada di Madinah sebelum bertolak ke Makkah pada 15 Sept ini bagi menunaikan ibadat haji yang bermula pada 14 Oktober depan.

Sebanyak 22,320 jemaah haji yang menaiki 65 penerbangan dari Malaysia akan menunaikan rukun Islam kelima di Tanah Suci pada tahun ini dan jumlah itu berkurangan 20 peratus daripada tahun sebelumnya ekoran pengurangan kuota oleh kerajaan Arab Saudi. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan