Anggota Kumpulan Kerja Nahas Bas Genting Highlands Diumum Minggu Depan

Diterbitkan: Selasa, 10 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Senarai anggota kumpulan kerja bagi mengumpul dan meneliti laporan nahas bas di Genting Highlands yang meragut 37 nyawa pada 21 Ogos lepas akan diumum minggu depan, kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Katanya beliau dan Anggota Majlis Keselamatan Jalan Raya Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye sudah mengenal pasti antara tiga dan empat individu bagi menganggotai kumpulan kerja itu.

Tugas mereka ialah meneliti semua laporan yang disediakan oleh pelbagai agensi termasuk polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkenaan nahas itu dan membentangkan penemuan mereka saya, katanya pada sidang media, di sini, Isnin.

Katanya kumpulan itu akan melaksanakan tanggungjawab tanpa rasa takut atau pilih kasih bagi memastikan penemuan adalah telus dan jelas.

Dalam kemalangan pukul 2.45 petang itu, bas henti-henti tersebut dalam perjalanan dari Genting Highlands ke Kuala Lumpur sebelum terbabas dan terjunam ke dalam gaung sedalam 60 meter.

Kejadian mengakibatkan 37 termasuk pemandu maut dan 16 lagi cedera.

Hishammuddin berkata laporan animasi dan simulasi nahas yang dibentangkan di hadapan kabinet oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) minggu lepas gagal mengenal pasti punca kemalangan.

"Mungkin disebabkan oleh brek, penyelenggaraan bas, pemandu, kecerunan bukit atau penghadang jalan. Akan tetapi daripada animasi itu jelas ada yang tidak kena. Mereka yang bertanggungjawab akan meneruskan siasatan," katanya.

Hishammuddin sebelum itu melancarkan motosikal model baharu Hong Leong Yamaha Lagenda 115Z.

Dalam ucapannya di majlis itu, Hishammuddin mahu semua pihak berkepentingan seperti JPJ, polis, Miros, Kementerian Kerja Raya dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia bekerjasama dan melihat aspek keselamatan dari luar kotak bagi mencegah kemalangan seperti tragedi Genting Highlands tersebut berulang. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan