478,848 Calon Duduki UPSR Di Seluruh Negara Mulai Hari Ini

Diterbitkan: Selasa, 10 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Murid-murid tahun 6 Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Gombak (1) tekun semasa menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) ketika tinjauan fotoBERNAMA di Kuala Lumpur, Selasa. -fotoBERNAMA
Murid-murid tahun 6 Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Gombak (1) tekun semasa menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) ketika tinjauan fotoBERNAMA di Kuala Lumpur, Selasa. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Sebanyak 478,848 calon menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) selama tiga hari bermula Selasa di 8,268 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 469,882 calon sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan manakala 8,966 calon lagi dari sekolah swasta yang bahasa pengantarnya adalah bahasa Melayu.

Sebanyak 49,117 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar seperti dijadualkan, kata jurucakap Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Di KUALA LUMPUR, sebanyak 21,965 pelajar menduduki peperiksaan itu di 247 pusat di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, kata jurucakap Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan.

Daripada jumlah itu, tiga calon menduduki peperiksaan itu di Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL) berikutan faktor kesihatan.

Menurut jurucakap HKL, dua pelajar lelaki dan seorang perempuan itu menduduki peperiksaan dalam sekolah di HKL.

Di KUALA TERENGGANU, sebanyak 22,359 calon yang terdiri daripada 21,521 calon Sekolah Kebangsaan, 434 calon Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan 404 calon sekolah swasta menduduki peperiksaan UPSR.

Pengarah Pelajaran Terengganu Zakaria Husin berkata 381 pusat peperiksaan dibuka dengan 1,988 orang pegawai bertugas sepanjang tempoh peperiksaan.

"Seramai 183 calon berkeperluan khas (CBK) yang buta, rabun, pekak dan masalah lain, kertas peperiksaan khas seperti kertas peperiksaan Braille dan cetakan besar disediakan untuk mereka," katanya.

Menurutnya sebanyak lapan pusat peperiksaan di hospital bagi seluruh negeri turut dibuka bagi kes-kes kecemasan dan untuk calon yang mengalami masalah kesihatan.

Di MELAKA, sebanyak 14,053 murid dari 239 sekolah menduduki peperiksaan dan mereka merupakan pelajar dari 143 Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (65), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (21), tujuh Sekolah Rendah Agama Kerajaan dan tiga Sekolah Rendah Agama Swasta.

Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi Negeri Datuk Md Yunos Husin berkata daripada jumlah itu, 80 murid merupakan calon berkeperluan khas termasuk calon rabun, pekak, bisu dan terencat akal.

"Sebanyak 244 pusat peperiksaan dibuka di tiga daerah di negeri ini melibatkan 1,420 petugas peperiksaan," katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri mensasarkan peningkatan kepada 20 peratus pelajar memperoleh keputusan cemerlang 5A tahun ini berbanding 1,466 pelajar pada tahun sebelumnya.

Katanya sasaran itu mampu dicapai selaras dengan pelbagai penambahbaikan yang dilaksanakan termasuk mewujudkan persekitaran pembelajaran selesa kepada pelajar dan tenaga pengajar dedikasi serta prihatin.

Di JOHOR BAHARU, 58,335 calon daripada 906 buah sekolah kerajaan dan swasta menduduki peperiksaan itu.

Pengarah Pelajaran Johor, Mohd. Nor A. Ghani berkata sebanyak 37,854 calon adalah pelajar sekolah jenis kebangsaan dan 19,878 calon sekolah jenis kebangsaan manakala 603 calon sekolah swasta.

Jadual waktu peperiksaan itu telah diedarkan ke sekolah dan boleh dimuat turun daripada laman sesawang Lembaga Peperiksaan di alamat http://www.moe.gov.my/lp.

Calon juga diingatkan supaya membawa kad pengenalan masing-masing ke pusat peperiksaan bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan lancar.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan