Shafie Bidas MP Bukit Mertajam Buta Sejarah

Diterbitkan: Isnin, 9 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BALIK PULAU: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal menyifatkan Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong sebagai buta sejarah kerana enggan menerima hakikat pembabitan Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam memperjuangkan kemerdekaan negara.

Katanya sejarah adalah fakta sebenar, bukan rekaan yang boleh ditolak sesuka hati hanya kerana sesetengah pihak tidak suka dengan kejadian yang berlaku.

"Pahit ataupun tidak kita harus terima, kerana itu sejarah. Kita tidak boleh tukar sejarah yang berlaku dulu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Mesra Pemimpin Bersama Rakyat di Sekolah Menengah Kebangsaan Pondok Upih, di sini.

Turut hadir Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Zainal Abidin Osman.

Mohd Shafie berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Sim yang meminta kerajaan BN berhenti menyebarkan propaganda politik melalui penyelewengan sejarah termasuk dalam sukatan pelajaran Sejarah di peringkat sekolah.

Khamis lepas, Sim yang juga Pengarah Pendidikan Politik Dapsy Kebangsaan dilapor oleh portal berita Roketkini.com sebagai berkata kecaman terhadap Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said adalah usaha BN menutup sejarah asli negara bagi mencapai kepentingan politik sempit.

Mengulas lanjut, Mohd Shafie berkata kemerdekaan negara dicetuskan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj yang juga Presiden Umno ketika itu.

"Maknanya Umno, BN banyak pengorbanannya dalam memerdekakann negara. Itu adalah sejarah," katanya.

Sementara itu, Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata pihaknya merancang mengubah suai Medan Infodesa di seluruh negara menjadi mini Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC).

Perkara itu bagi memastikan semua kawasan mempunyai mini RTC yang akan membantu masyarakat setempat, katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan