Pemilihan Umno: Mukhriz Timbang Pandangan Bertanding Naib Presiden

Diterbitkan: Isnin, 9 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir akan menimbang pandangan rakan-rakannya sebelum membuat keputusan bertanding jawatan naib presiden pada perhimpunan parti itu Disember ini.

"Saya didatangi ramai kawan-kawan yang memberi bermacam pandangan (mengenai pertandingan naib presiden) dan menilainya daripada pelbagai sudut.

"Buat masa ini sukar hendak membuat keputusan," katanya apabila diminta mengulas kajian sebuah blog bahawa beliau mendahului calon lain dengan 85 peratus.

Mukhriz ditemui selepas menyampaikan sumbangan peribadi dan bantuan zakat Jabatan Zakat Negeri Kedah kepada 35 pelajar negeri ini yang akan berlepas ke Jordan Rabu ini untuk melanjutkan pengajian di tiga universiti di negara itu.

Katanya beliau sedar mengenai kajian blog berkenaan namun tidak akan terpengaruh dengan laporannya.

Mukhriz berkata beliau masih memberi keutamaan untuk membangunkan Kedah daripada memikirkan untuk bertanding jawatan naib presiden dengan tanggungjawab berat menanti beliau. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan