Pemilihan MCA: Tee Yong Tidak Bertanding Jika Dr Chua Bertanding

Diterbitkan: Isnin, 9 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong tidak akan bertanding dalam pemilihan parti akan datang sekiranya bapanya yang juga presiden parti Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mahu mempertahankan jawatannya.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat MCA berkata, keputusan itu dibuat sebagai menafikan khabar angin di kalangan ahli bahawa jawatan untuk beliau sudah ditentukan dalam pemilihan MCA Disember ini.

"Khabar angin yang tersebar menyatakan bahawa Presiden akan mempertahankan jawatannya untuk memastikan terdapat tempat untuk saya dan terdapat rundingan dengan (Timbalan Presiden) Datuk Seri Liow Tiong Lai mengenai perkara ini.

"Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa parti ini hanya melibatkan Datuk Seri Liow dan Dr Chua semata-mata," katanya pada sidang media di Wisma MCA, di sini, Isnin.

Menurut Tee Yong, keputusan itu juga dibuat bagi mengelakkan khabar angin bahawa beliau dan Dr Chua akan mengambil alih MCA.

"Setiap kali ada pertelingkahan nama saya akan dikaitkan. Dalam sektor komersial dan swasta saya mempunyai kelayakan.

"Sama juga dalam politik yang mana saya telah diberi kepercayaan oleh pengundi untuk menjadi Ahli Parlimen bagi penggal kedua," katanya.

Tee Yong, Ahli Parlimen Labis menang di kawasan Parlimen yang mempunyai paling rendah pengundi bukan Melayu iaitu sebanyak 38 peratus pada pilihan raya umum 2008 dan 2013.

Dalam pada itu beliau turut menyatakan kekecewaannya kerana masih terdapat pertelingkahan dalaman mengenai jawatan tertinggi dalam parti ketika hanya terdapat 11 ahli Parlimen dan tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri dalam MCA.

"Tiada apa lagi yang mahu direbutkan (jawatan).

"Dalam media sosial ada yang menyebarkan khabar angin dan saya sangat kecewa mereka tidak melakukan ini sebelum pilihan raya umum terhadap pembangkang sebaliknya dalam pemilihan parti yang menyerang peribadi ahlinya sendiri," katanya.

Beliau juga berharap agar mereka yang menyebarkan khabar angin dalam parti supaya tidak mengganggu perwakilan pusat dalam pemilihan kerana mereka mempunyai penilaian dan pendapat sendiri.

Tambahnya, sama ada bertanding atau tidak, beliau akan terus memberi sumbangan terhadap parti kerana menganggap ia lebih penting berbanding jawatan.

"Saya akan terus berada dalam parti atau mana-mana kumpulan dalam parti yang boleh mengubah atau menjadikan MCA lebih baik dalam meraih sokongan rakyat," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan