Nazliah Tawar Diri Tanding Naib Ketua Puteri Umno

Diterbitkan: Isnin, 9 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Ketua Puteri Umno Tawau, Nazliah Ali menawarkan diri bertanding jawatan Naib Ketua Puteri pada pemilihan parti Oktober depan.

Beliau berkata keputusan bertanding jawatan itu dibuat bagi membantu memperkasa Umno yang menjadi tunjang pentadbiran negara bersama Barisan Nasional (BN), agar kekal relevan dalam memartabatkan kebajikan dan kepentingan wanita muda di seluruh negara.

"Dengan ini, saya ingin mengumumkan untuk menawar diri bertanding Naib Ketua Puteri Umno," katanya dalam kenyataan di sini Isnin.

Jawatan Naib Ketua Puteri yang kini disandang Shahanim Mohd Yusof akan dikosongkan kerana sudah mencapai had usia 40 tahun.

Dengan pengumuman itu, tiga calon dari Sabah akan bertanding jawatan dalam Pergerakan Puteri Umno termasuk Ketua Puteri Umno Kudat, Normala Rasik dan Ketua Puteri Umno Beluran, Julie Sabran yang masing-masing menawarkan diri bagi jawatan Exco Puteri.

Nazliah yang merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Marin, Universiti Kebangsaan Malaysia dan bekas pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) bahagian Tawau, turut mengumumkan hasrat mempertahankan jawatan Ketua Puteri Umno Tawau. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan