Hishammuddin Tidak Gentar Hadapi Saingan Naib Presiden - Berita Semasa | mStar

Hishammuddin Tidak Gentar Hadapi Saingan Naib Presiden

Diterbitkan: Isnin, 9 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLUANG: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau tidak gentar berhadapan saingan dalam mempertahankan jawatan Naib Presiden Umno pada pemilihan parti Oktober ini.

Ketua Umno Bahagian Sembrong itu berkata beliau menyerahkan sepenuhnya kepada anggota parti dalam membuat pemilihan dan yakin mereka bijak membuat penilaian terhadap masa depan kepimpinannya.

"Perjuangan saya sudah bermula sejak 20 tahun lepas dari peringkat Bahagian sehingga Ketua Pemuda serta menerajui banyak kementerian. Yang penting, hati tidak boleh terhakis daripada Umno biarpun kalah atau menang.

"Dengan tambahan pihak yang mahu bertanding naib presiden, saya fikir ia tidak banyak bezanya berbanding (pertandingan) sebelum ini kerana yang penting keikhlasan saya bekerja sudah terbukti dan yang menentukannya adalah anggota parti," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Merdeka Raya peringkat Parlimen Sembrong, di sini, Ahad.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian ketika diminta mengulas hasrat bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad bertanding jawatan Naib Presiden Umno.

Dalam pada itu, katanya pindaan Perlembagaan Umno jelas merupakan langkah baik apabila 90 peratus daripada 20,300 cawangan Umno seluruh negara selesai bermesyuarat dengan lancar.

Beliau bersyukur memandangkan anggota parti bersikap matang tanpa sebarang serangan peribadi mahupun sikap berpuak-puak.

"Di Sembrong pula menyaksikan 40 peratus muka baharu dalam kepimpinan 64 cawangan. Ini bermakna kita boleh lakukan perubahan tanpa mengeruhkan perjuangan dalam parti," katanya. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan