Azalina Disaran Tanding Naib Ketua Wanita

Diterbitkan: Isnin, 9 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Wanita Umno, Datuk Hamidah Osman mencadangkan bekas ketua Puteri Umno Datuk Seri Azalina Othman Said bertanding jawatan Naib Ketua Wanita pada pemilihan sayap parti kali ini.

Ini kerana Azalina dilihat 'terlalu asing' kepada sayap itu selain tidak pernah berada dalam pergerakan Wanita Umno selama ini, katanya.

"Saya tidak fikir beliau (Azalina) faham tentang Wanita dan gerak kerja Wanita. Sebab itu saya cadangkan dia bertanding jawatan naib ketua.

"Supaya beliau berada dalam organisasi dan faham bagaimana organisasi (Wanita Umno) ini bergerak. Ini soal berhubung faktor kemanusiaan...maknanya dalam menggerakkan kerja parti ada bahagian anda kena lembut, ada pula bahagian anda kena tegas.

"Saya setuju secara total yang kita perlukan orang muda, tetapi orang muda yang nak datang itu mestilah faham organisasi itu.

"Dia tak boleh tiba-tiba terus nak bertanding jawatan utama. Apa akan berlaku jika nakhoda yang mengemudi kapal itu tidak tahu enjin-enjinnya?" katanya ketika ditemui Bernama, di sini.

Azalina telahpun menyatakan hasrat bertanding jawatan Ketua Wanita.

Hamidah berkata kepimpinan penyandang Ketua Wanita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil masih diperlukan memandangkan kejayaannya membawa perubahan dan sentuhan kasih sayangnya yang berjaya menyatupadukan anggota Wanita Umno.

"Saya merasakan beliau (Shahrizat) harus diberi lagi peluang supaya beliau dapat teruskan kesinambungan perubahan-perubahan dan kemajuan yang dibuat kepimpinan lalu. Beliau berjaya dalam soal perpaduan," katanya.

Hamidah berkata Wanita Umno memain peranan penting dalam Pilihan Raya Umum ke-13 sehingga membawa pertambahan kerusi Umno daripada 79 kepada 88 kerusi Parlimen.

Kejayaan ini adalah hasil peranan Wanita melalui sistem kerja yang begitu teratur dan gerak kerja di bawah kepimpinan Shahrizat, kata penyandang Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng itu.

"Untuk memastikan kemenangan parti, Shahrizat muncul dengan program Jalinan Rakyat, Skuad Sayang dan Salam Sayang yang kesemuanya membuahkan kejayaan," kata Hamidah, yang juga Pengerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional (Tekun). BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan