Ahli Parlimen Lenggong Tawar Tanding Jawatan MT - Berita Semasa | mStar

Ahli Parlimen Lenggong Tawar Tanding Jawatan MT

Diterbitkan: Isnin, 9 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Shamsul Anuar Nasarah
Shamsul Anuar Nasarah

LENGGONG: Ahli Parlimen Lenggong Datuk Shamsul Anuar Nasarah pada Ahad menawarkan diri bertanding jawatan anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno pada pemilihan parti Oktober ini.

Naib Ketua Umno Bahagian Lenggong itu berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira beberapa pandangan dan meneliti pelbagai sudut.

"Keputusan itu saya buat setelah mendapat restu Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri (Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir) dan pemimpin Umno negeri," katanya kepada pemberita selepas Majlis Hari Raya Aidilfitri Parlimen Lenggong di sini, Ahad.

Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) itu berkata beliau bertanding bukan untuk kepentingan peribadi sebaliknya hanya ingin berjuang demi agama, bangsa dan negara.

"InsyaAllah dengan pengalaman saya dalam gerakan belia di mana saya pernah memegang jawatan di pelbagai peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa, sehingga pernah menjadi presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) serta pernah menjadi exco Pemuda Umno Malaysia, saya harap dapat membantu parti menarik sokongan muda," katanya. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan