Ulama Sebagai Timbalan Presiden PAS: Nik Aziz Cakap Secara Umum - Mat Sabu

Diterbitkan: Ahad, 8 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mat Sabu.
Mat Sabu.

PETALING JAYA: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu tidak tergugat dengan sokongan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat supaya seorang ulama menjadi timbalan presiden parti dalam pemilihan parti akan datang.

"Anda perlu membaca keseluruhan konteks kenyataan beliau. Beliau bercakap secara umum dan tidak merujuk kepada saya atau sesiapa," kata Mohamad Sabu, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu kepada The Star Online ketika dihubungi.

Sebuah akhbar berbahasa Melayu pada Sabtu melaporkan bahawa sokongan Nik Aziz merupakan tambahan kepada pelapis kepada penyandang jawatan Presiden PAS iaitu Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang juga merupakan seorang ulama, untuk mengekalkan jawatannya.

Walaupun perkara mengenai pelapis itu dilihat tidak begitu baik untuk Mat Sabu yang bukan seorang ulama, namun Mat Sabu mempertahankan bahawa tidak timbul isu ulama atau bukan ulama dalam parti.

"Dalam PAS, semua orang adalah ulama. Ia sama ada anda mempunyai lebih banyak atau kurang pengetahuan dalam agama, itu sahaja," katanya.

Mat Sabu turut berkata, beliau percaya beliau dapat mempertahankan kedudukannya pada pemilihan parti pada November ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad percaya bahawa kenyataan Nik Aziz disalah tafsir daripada konteks itu.

"Jika anda membaca keseluruhan laporan, beliau turut menyebut bahawa sesiapa di dalam PAS adalah berkelayakan sebagai seorang ulama, hanya membezakan dari segi tahap pengetahuan agama mereka," katanya ketika dihubungi.

Di dalam laporan itu, Nik Aziz turut berkata, beliau mempunyai pilihannya sendiri untuk jawatan timbalan presiden parti tetapi menegaskan bahawa parti yang akan membuat keputusan mengenainya.

Kenyataan beliau itu selepas Yang Dipertua PAS Padang Serai, Fauzi Tahir bersedia untuk mencabar Hadi Awang bagi jawatan tertinggi parti itu.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan